Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
digi

Digi Membina Daya Tahan Digital Bagi Pelajar Di Sekolah Melalui Pertandingan Bertema Superhero

Diterbitkan Februari 12, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Baru-baru ini, Digi Telecommunications Sdn Bhd bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Google Malaysia dalam pelancaran Yellow Heart CyberSAFE satu pertandingan di sekolah bersempena Safer Internet Day.

Pertandingan ini adalah sebahagian inisiatif dalam menangani kebimbangan yang semakin meningkat terhadap risiko dalam talian. Melalui inisiatif ini guru-guru dan para pelajar dapat meningkatkan kesedaran dan memperkasakan kemahiran kewarganegaraan digital untuk kekal selamat dalam talian.

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Pelajar dikehendaki menonton video yang dihasilkan oleh animator Cartoon Hooligans yang popular. Video yang menampilkan empat wira, Ah Hock, Besi Man, Black Harimau dan Steve Rojak yang menangani isu bagaimana maklumat boleh dimanipulasi dengan mudah dan menyebarkan di internet tetapi berakhir dengan penceritaan yang tergantung.

Pelajar yang mengambil bahagian perlu membuat penyelesaian kepada isu ini dengan menyediakan penghujung kreatif menggunakan maklumat yang diperoleh daripada sumber dan permainan pendidikan dari CyberSAFE in Schools. Penyerahan penyertaan adalah melalui laman web yang sama.

digi

Ketua Kelestarian Digi, Philip Ling, berkata 2020 Yellow Heart CyberSAFE dalam Pertandingan Sekolah adalah lanjutan daripada misi Yellow Heart Digi untuk memperkasakan komuniti dengan akses internet sambil melengkapkan mereka dengan kemahiran digital untuk kegunaan digital yang bertanggungjawab.

Pertandingan ini akan diadakan dari Februari 2020 hingga Oktober 2020 dalam tiga bulan musim yang panjang. Setiap musim akan mempunyai 4 pemenang (sekolah rendah dan menengah) yang akan menerima hadiah wang tunai RM200 dan barang bernilai RM400. Satu pemenang akan dipilih sebagai Pemenang Utama dari setiap musim dan akan berhak menerima Hadiah Utama Misteri.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan menyertai pertandingan CyberSAFE di Sekolah 2020, anda boleh layari CyberSAFE in Schools dan Digi Yellow Heart.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY