Digi Lancarkan "Ibadat" - Aplikasi Mudah Alih Untuk Panduan Umat Islam

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini telah melancarkan aplikasi "Ibadat", sebuah aplikasi mudah alih komprehensif bagi kegunaan umat Islam di negara ini.

Ibadat mempunyai fungsi-fungsi yang hampir sama seperti aplikasi serupa yang lain, antaranya ialah jadual waktu solat selain panduan arah kiblat.

Selain itu, pengguna juga boleh menikmati teks serta audio bacaan Al-Quran lengkap serta pengesan lokasi masjid yang berada berhampiran.



Untuk lebih fungsi seperti notifikasi Azan, koleksi doa, pedoman harian, kalendar Ramadhan, kalkulator zakat dan lain-lain, pengguna boleh melanggan pakej premium pada harga serendah RM 0.50 seminggu atau RM 1.50 sebulan.

Malah, pada bulan Zulhijjah, pengguna juga akan dapat menyaksikan jemaah haji di Mekah dan Madinah secara langsung melalui aplikasi ini.

Ibadat kini boleh dimuat turun di Google Play Store oleh pengguna Android namun bagi pengguna iOS pula hanya akan menerimanya dalam masa terdekat. Semua pengguna termasuk bukan pelanggan Digi bebas untuk memuat turun aplikasi Ibadat ini.

 

Sumber: Digi