Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Lifelog Dari Sony Mampu Menganalisis Jumlah Kalori Makanan Anda

Aplikasi Lifelog Dari Sony Mampu Menganalisis Jumlah Kalori Makanan Anda

Diterbitkan Februari 14, 2017 oleh Haikel Areff

Sony telah memperkenalkan sejenis aplikasi ‘Lifelog’ yang mampu menganalisis makanan anda. Ia sangat mudah digunakan, pengguna hanya perlu snap gambar dan biarkan kecerdasan buatan (AI) di belakang tabir memberikan analisis tentang makanan anda.

Aplikasi Lifelog Sony ini sebenarnya telah dilancarkan sewaktu IFA 2014 yang lepas. Sony kali ini memberikan nafas baru terhadap aplikasi Lifelog ini dengan memuatkan teknologi perisian yang diberi nama Meal Image Analysis. Dengan perisian baru ini, aplikasi ini dilihat lebih dioptimukan penggunaanya bersama jam pintar Sony Smart Watch 3.

gsmarena_002 (3)

Aplikasi ini berupaya mempelajari diet anda dan matlamat yang telah anda tetapkan untuk diri sendiri dengan menawarkan nasihat mengenai diet yang sebenar. Seperti yang kita lihat dalam gambar, apabila pengguna mengambil gambar makanan mereka, aplikasi ini akan memberitahu jumlah kalori setiap hidangan bersama nasihat pemakanan yang lengkap.

Untitled

Anda boleh mencuba memuat-turun aplikasi Lifelog di Google PlayStore di pautan yang disediakan di bawah.

Lifelog App

Sumber

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY