Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Digi Lancarkan “Ibadat” – Aplikasi Mudah Alih Untuk Panduan Umat Islam

Digi Lancarkan “Ibadat” – Aplikasi Mudah Alih Untuk Panduan Umat Islam

Diterbitkan Disember 12, 2018 · Dikemas kini Disember 12, 2018 oleh Haikel Areff

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini telah melancarkan aplikasi “Ibadat”, sebuah aplikasi mudah alih komprehensif bagi kegunaan umat Islam di negara ini.

Ibadat mempunyai fungsi-fungsi yang hampir sama seperti aplikasi serupa yang lain, antaranya ialah jadual waktu solat selain panduan arah kiblat.

Selain itu, pengguna juga boleh menikmati teks serta audio bacaan Al-Quran lengkap serta pengesan lokasi masjid yang berada berhampiran.

Screenshot 2018-12-12 at 3.56.48 PM
Screenshot 2018-12-12 at 3.56.33 PM
Screenshot 2018-12-12 at 3.56.40 PM
Screenshot 2018-12-12 at 3.56.25 PM

Untuk lebih fungsi seperti notifikasi Azan, koleksi doa, pedoman harian, kalendar Ramadhan, kalkulator zakat dan lain-lain, pengguna boleh melanggan pakej premium pada harga serendah RM 0.50 seminggu atau RM 1.50 sebulan.

Malah, pada bulan Zulhijjah, pengguna juga akan dapat menyaksikan jemaah haji di Mekah dan Madinah secara langsung melalui aplikasi ini.

Ibadat kini boleh dimuat turun di Google Play Store oleh pengguna Android namun bagi pengguna iOS pula hanya akan menerimanya dalam masa terdekat. Semua pengguna termasuk bukan pelanggan Digi bebas untuk memuat turun aplikasi Ibadat ini.

 

Sumber: Digi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY