Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Digi Buka Pratempahan Untuk Siri Galaxy S22 Mulai Hari Ini

Posted on Februari 10, 2022

Samsung malam semalam telah merasmikan peranti andalan mereka iaitu siri Samsung Galaxy S22 dan Samsung Tab S8. Anda boleh baca spesifikasi penuh di SINI untuk siri Galaxy S22 dan SINI untuk Galaxy Tab S8.

Selari dengan itu, Digi juga telah membuka pratempahan pada sesiapa yang berminat untuk memiliki siri Galaxy S22 melalui pakej Phone Freedom 365.

Semua pelanggan yang melakukan pratempah siri peranti ini layak mendapat hadiah seperti e-baucar Samsung sebanyak RM800, pelindung skrin dengan strap dan kotak bertuah (wide strap).

Tidak cukup itu sahaja, untuk S22 Ultra, pelanggan juga akan ditawarkan dengan pen LAMY manakala bagi S22 dan S22 Plus, pelanggan akan diberikan camera filter mount. Kesemua ini bernilai lebih RM1,200 dan diberikan percuma khas untuk yang melakukan pratempah.

Pratempahan ini mula dibuka hari ini sehingga 3 Mac 2022. Bagi mereka yang ingin mendapatkannya di kedai Digi, Galaxy S22 akan tersedia di sana mulai 4 Mac 2022.

Untuk maklumat lanjut, anda dijemput ke laman rasmi Digi.

Baca juga:

  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
  • Galaxy S22 Dan Tab S8 Boleh Dipratempah Mulai Hari Ini, Boleh ‘Trade-In’ Dan Dapat Baucar RM800
  • Bukan Cip Exynos , Semua Model Dalam Siri Galaxy S22 Dan Galaxy Tab S8 Hadir Dengan Snapdragon 8 Gen 1

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress