Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Diesel Kini Memasuki Pasaran Jam Tangan Pintar, Perkenal 5 Buah Model

Diesel Kini Memasuki Pasaran Jam Tangan Pintar, Perkenal 5 Buah Model

Diterbitkan September 5, 2017 ยท Dikemas kini September 5, 2017 oleh Helmi Samsuri

Diesel, satu nama yang tidak asing lagi dalam pasaran jam tangan dan kini, mereka tidak mahu ketinggalan dalam zaman serba moden, jam tangan pintar Android pula diperkenalkan.

Minggu sudah, syarikat pengeluar jam tangan itu telah melancarkan bukan satu, tetapi 5 model jam tangan pintar pada acara IFA yang berlangsung di Berlin.

Diesel Kini Memasuki Pasaran Jam Tangan Pintar, Perkenal 5 Buah Model

Ia pertama kali diumumkan pada bulan Mac yang lalu dan akan dipasarkan dibawah jenama Diesel On Full Guard.

Merupakan jam tangan pintar Android Wear pertama syarikat itu, ia akan hadir dengan skrin sesentuh berukuran 48mm dan dikuasakan dengan pemproses Snapdragon Wear 2100 disamping Android Wear 2.0.

Antara keupayaan jam tangan pintar tersebut adalah dilengkapi dengan Google Assistant, sokongan Bluetooth, notifikasi, dan antaramuka yang boleh diubah-ubah.

Diesel turut membangunkan aplikasi mereka sendiri yang dikenali sebagai T-ON-I, singkatan kepada, Time, Organizing, Notification, Intelligence. Menurut syarikat, aplikasi tersebut akan membantu pengguna dengan menyediakan notifikasi mengikut “gaya Diesel”.

Diesel On Full Guard akan dipasarkan dengan harga $325 (~RM1386.61).

Sumber: Tech Radar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Dilapor Kembali Dengan Product(RED, HomePod mini 2 Bakal Hadir Dalam Warna Merah
  • England Lancar Ujian Saringan Kanser Payudara Terbesar Di Dunia Dibantu AI
  • Kerajaan Tidak Bercadang Wujudkan Syarat Lesen Khas Untuk Penyedia Permainan Dalam Talian
  • Trump Kata Keputusan Nvidia Bawa Kembali Jensen Huang "Tepat Dan Wajar"
  • Jensen Huang Dilantik Semula Sebagai CEO Nvidia Berkuat Kuasa Serta Merta
  • MySiren Kini Dilancarkan, Amaran Kecemasan Dihantar Terus Ke Telefon Dalam Kurang Seminit
  • CIMB OCTO Kini Boleh Anggar Jejak Karbon Daripada Perbelanjaan Kad
  • Wise Naikkan Had e-Wallet Kepada RM50,000, Tertinggi Di Malaysia
©2026 WISER.MY