Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Di China, Set Tempahan KFC Dihantar Dengan Menggunakan Dron

Di China, Set Tempahan KFC Dihantar Dengan Menggunakan Dron

Diterbitkan September 10, 2019 oleh ariff bukhari

KFC bekerjasama dengan Antwork.

Syarikat pemula dari China yang menyediakan servis penghantaran barang menggunakan dron dilaporkan telah bekerjasama dengan rangkaian gergasi makanan segera KFC di China bagi perkhidmatan penghantaran makanan kepada para pelanggan KFC.

Sebuah video yang dikongsikan di laman YouTube memaparkan seorang pekerja KFC di China membuat proses penghantaran tersebut menerusi mesin dron.

Selepas set makanan KFC dimuatkan ke dalam mesin tersebut, dron dilihat terus keluar melakukan servis penghantaran pakej kepada pelanggannya.

KFC telah mula berkolaborasi dengan Antwork sejak pertegahan tahun ini bagi penghantaran makanan mereka.

Ini bukanlah kali pertama Antwork menyediakan servis penghantaran makanan menerusi dron. Sebelum ini tidak lama selepas Antwork ditubuhkan pada November 2015, mereka telah mula menghantar pakej buah-buahan dan sayuran di China pada April 2016.

Malah mereka juga pernah bekerjasama dengan pihak Starbucks dengan melakukan lebih daripada 9,000 penerbangan dron bagi menghantar kopi kepada para pelanggan Starbucks.

Antwork juga turut berkolaborasi dengan pihak beberapa hospital di China bagi servis penghantaran bekalan perubatan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY