Dengan Harga Langganan RM100, Anda Boleh Nikmati Internet Jalur Lebar Dan Mudah Alih Tanpa Had

Sejak tahun lalu, kita telah melihat pelbagai pembaharuan dan penambahan dalam perkhidmatan internet yang ditawarkan dalam negara.

Semuanya selari dengan kehendak kerajaan yang mahukan penawaran internet lebih meluas disamping harga yang berbaloi dilanggan.

Salah satu tawaran yang mula kelihatan adalah pakej kombinasi antara Internet Rumah + Mobile 4G LTE oleh Nex.life. Ia merupakan perkhidmatan  terbaru kendalian Webe Digital Sdn. Bhd dibawah naungan TM Malaysia.



Internet Rumah

  • Kelajuan sehingga 20Mbps.

  • Tiada router disediakan tetapi syarikat memberikan senarai model dan lokasi kedai yang menjualnya.

  • Internet tanpa had.

  • Tiada perkhidmatan panggilan ditawarkan, hanya data sahaja.


Internet mudah alih

  • Internet tanpa had pada rangkaian 4G/LTE

  • Bagi rangkaian bukan 4G/LTE, kuota internet yang disediakan pada 500MB sebulan dan anda boleh beli data tambahan pada kadar

    • RM15 -1GB

    • RM30 - 3GB

    • RM45 - 5GB



  • Panggilan tempatan dan SMS:

    • Panggilan suara - RM0.20

    • SMS - RM 0.15






Anda tidak boleh memilih salah satu pelan kerana hadir ia sebagai pelan gabungan. Pelanggan tertakluk kepada kontrak 12 bulan dan harga langganan pengenalan ketika ini adalah RM100 (harga normal RM110).

Pemasangan dibuat oleh kakitangan yang dilantik TM sementara kad sim untuk penggunaan mudah alih akan dihantar ke alamat yang didaftarkan.

Bayaran pendahuluan sebanyak RM300 akan dikenakan semasa pendaftaran secara dalam talian dibuat dan ia akan dikembalikan setelah pemasangan dan perkhidmatan diaktifkan. Bil bulanan dihantar ke alamat e-mel yang anda sertakan ketika pendaftaran dan anda boleh pantau penggunaan bulanan.

Berminat dengan penawaran ini? Boleh dapatkan maklumat lengkap serta lakukan pendaftaran di Nex.life.

Buat masa sekarang, perkhidmatan ditawarkan di:

  • Kelantan:- Kota Bharu, Kubang Kerian, Pengkalan Chepa and Salor.

  • Terengganu: Kuala Terengganu, Chendering, Bukit Payung and Gong Badak.