Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Demo Permainan Di Konsol PlayStation 5 Amat Menggagumkan!

Demo Permainan Di Konsol PlayStation 5 Amat Menggagumkan!

Diterbitkan Mei 14, 2020 · Dikemas kini Mei 14, 2020 oleh ariff bukhari

Perincian persekitaran dan karektor yang sangat realistik.

Pembangun permainan video terkemuka, Epic Games telah perlihatkan demo permainan berjudul “Lumen in the Land of Nanite”, bagi memperlihatkan kecanggihan teknologi Unreal Engine 5 di konsol permainan Sony PlayStation 5.

Dalam demo tersebut Epic Games membuat preview bagi 2 teras teknologi yang dibangunkan dalam Unreal Engine 5 iaitu Nanite dan Lumen.

“Nanite virtualized micropolygon geometry frees artists to create as much geometric detail as the eye can see. Nanite virtualized geometry means that film-quality source art comprising hundreds of millions or billions of polygons can be imported directly into Unreal Engine…

Lumen is a fully dynamic global illumination solution that immediately reacts to scene and light changes. The system renders diffuse interreflection with infinite bounces and indirect specular reflections in huge, detailed environments, at scales ranging from kilometers to millimeters.” Epic Games.

Epic Games juga memaklumkan bahawa dalam demo itu juga diperlihatkan sistem enjin permainan yang sudah sedia ada seperti  Chaos physics and destruction, Niagara VFX, convolution reverb, dan ambisonics rendering.

Secara keseluruhan, dengan teknologi Unreal Engine 5 terbaru ini yang akan disokong oleh platfom PS5, pemain pastinya akan merasai pengalaman bermainan permainan video yang amat mengkagumkan.

Unreal Engine merupakan teknologi dengan sistem lengkap dari Epic Games bagi membangunkan kesan khas visual untuk pelbagai platfom seperti komputer, konsol permainan, AR, VR dan lain-lain.

Sumber: Epic Games

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY