Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dell OptiPlex 7070 Ultra Komputer Mini Yang Direka Untuk Menjimatkan Ruang Pejabat

Dell OptiPlex 7070 Ultra Komputer Mini Yang Direka Untuk Menjimatkan Ruang Pejabat

Diterbitkan Ogos 29, 2019 · Dikemas kini Ogos 29, 2019 oleh ariff bukhari

Dijangka akan dipasarkan pada 24 September nanti.

Pengeluar komputer dari Amerika, Dell telah pun memperkenalkan komputer meja mini terbaru mereka yang boleh dimuatkan pada pendiri skrin.

Komputer mini yang dikenali sebagai Dell OptiPlex 7070 Ultra ini direka khusus bagi menjimatkan ruang pejabat.

Hanya setinggi 10.09 inci, lebarnya pula hanya 3.78 inci  dan senipis 0.78 inci menjadikan komputer mini ini hanya seberat 1.43 paun (0.648kg) sahaja.

Dell OptiPlex 7070 Ultra dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core vPro  i7 , RAM berkapasiti 64GB serta storan ultra pantas NVMe SSD besaiz 1TB  dan tambahan 2TB HDD.

Ia juga dilengkapi sambungan Ethernet, USB-C (dengan DisplayPort), USB-A dan bicu audio 3.5mm.

Walaubagaimanapun, kuasa grafiknya agak lemah di mana ia hanya dilengkapi cip grafik Intel UHD 620 sahaja.

Namun begitu ia masih boleh dipadankan dengan mana-mana paparan bersaiz sehingga 27″ yang menyokong sambungan VESA. Jadi pengguna tidak terhad hanya pada skrin model dari Dell sahaja.

Dari semakan yang dibuat di laman Dell Malaysia, Dell OptiPlex 7070 Ultra akan ditawarkan kepada pengguna di Malaysia dalam tahun ini juga.

Ia dijangka akan menjengah pasaran pada 24 September ini dan harganya adalah sekitar USD749.00.

Sumber: PCWorld

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY