Deep Image Prior - Penyelesai Kepada Masalah Foto Resolusi Rendah Dan Foto Rosak

Jika dahulu, menjadikan foto resolusi rendah kepada resolusi tinggi mungkin kerjanya sangat rumit. Namun kini, seiring dengan teknologi yang pesat membangun, ia bakal dipermudahkan.

Sekumpulan penyelidik gabungan dua institusi dari Rusia dan UK telah menemukan cara menjadikan foto resolusi rendah kepada imej yang berkualiti tinggi.

Teknologi yang didokong oleh kecerdasan buatan (AI) itu berupaya meningkatkan resolusi foto secara automatik dan membaiki gambar yang rosak dengan hasil yang sungguh menakjubkan.

Teknologi diberi nama Deep Image Prior ini berlainan dari teknik sedia ada yang digunakan oleh Google ataupun Let's Enhance. Sistem sedia ada memerlukan jumlah gambar yang besar terlebih dahulu untuk "melatih diri sendiri" sebelum boleh membaiki imej yang lain.

Tetapi tidak bagi Deep Image Prior, dimana ia hanya menggunakan imej itu sendiri sebagai panduan.

Dibawah adalah contoh imej yang dibaik pulih menerusi kecerdasan buatan Deep Image Prior.



 



Ia merupakan hasil kajian yang bagus kerana manusia tidak perlu lagi bersusah-payah dalam melakukan suntingan. Buat masa sekarang, tidak dapat dipastikan lagi bila ia ditawarkan secara komersial. Mungkin pada masa hadapan kita akan melihat teknologi melengkapi perisian suntingan seperti contoh Photoshop dan lain-lain.

Sumber: Forbes