https://www.youtube.com/watch?v=9ZxrRh9SywM
Difahamkan, lesen ini perlu dibuat sebelum penerbit boleh menerbitkan filem masing-masing ke saluran tradisi ataupun media sosial. Lanjutan daripada itu, YB Shu Qi telah bertanyakan sama ada akta tersebut merangkumi rakaman video untuk TikTok atau IG TV kerana jika dikuatkuasakan, kesemua pengguna perlu mempunyai lesen tersebut sebelum boleh berkongsikan rakaman mereka.
Datuk Saifuddin menjelaskan, dibawah Seksyen 2, Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Pindaan 2013) filem ditafsirkan sebagai "filem cerita, filem pendek, filem subjek ringkas, trailer, dokumentari, filem kecil iklan dan apa-apa rakaman pada apa-apa jenis bahan termasuk pita video dan ceper video berupa arca bergerak sama ada disertai dengan bunyi atau tidak, untuk dilihat oleh orang ramai atau mana-mana golongan orang ramai;"
Ia bagaimanapun tidak dinyatakan secara jelas adakah akta ini melibatkan perkongsian pada platform media sosial yang kita lakukan seharian. Ini sekaligus menimbulkan tanda tanya pengguna, adakah mereka perlu memohon lesen-lesen tersebut sebelum boleh memuat naik kandungan video ke media sosial.
Antara syarat yang diperlukan untuk pemohon adalah terdiri daripada pemilik syarikat serta mempunyai model berbayar tidak lebih daripada RM50,000. Isu rakaman video dokumentari yang diterbitkan oleh Al Jazeera beberapa minggu lalu telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia. Syarikat tersebut juga dilaporkan akan didakwa kerana tidak mempunyai lesen untuk membuat penggambaran tersebut.
Sumber: Bernama
Berkaitan
- AS Dakwa Ada Bukti Huawei Intip Rangkaian Mudah Alih
- Ayuh Bandingkan Spesifikasi Mi A1, Mi A2 Dan Mi A2 Lite
- Internet Mudah Alih Lebih Laju Berbanding WiFi Di Kebanyakkan Negara
- Waze Kini Diperkemaskan Untuk Penunggang Motosikal
- Fret Zealot - Alat Ini Boleh Bantu Anda Belajar Main Gitar Dengan Lebih Mudah
- Uber Perkenal Fungsi Lokasi Baru
- Samsung Patenkan Nama "SAMOLED" Untuk Skrin Paparan Mereka
- Bocoran Spesifikasi Samsung Galaxy A60 - Bateri 4500mAh Dan Skrin 6.7 Inci
- Pengerusi SKMM: Frekuensi 5G Tidak Berbahaya Kepada Kesihatan Seseorang Termasuk Kanak-Kanak
- Integral Lancar Kad MikroSD Dengan Kapasiti 512GB