Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gambaran Awal Rupa Bentuk BlackBerry 5G 2021

Gambaran Awal Rupa Bentuk BlackBerry 5G 2021

Diterbitkan April 15, 2021 oleh Helmi Samsuri

Awal bulan ini kita telah mendengar berita yang mana Blackberry 5G bakal diperkenalkan. Walaupun sebahagian besar daripada kita sudah tidak lagi bernafsu melihat jenama ini tetapi disatu sudut yang lain, rasa menarik juga kerana nama Blackberry sudah lama tidak didengar.

Untuk permulaan ini, khabar ada menyatakan BlackBerry 5G mungkin dipasang dengan tetapan kamera bertaraf andalan (flagship). Disebabkan itu, berkemungkinan ia diletakkan pada harga jualan lebih tinggi berbanding model-model terdahulu.

Gambaran Awal Rupa Bentuk BlackBerry 5G 2021

Dalam pada kita berteka-teki bagaimana rupa bentuk yang akan dibawa pada model ini, laman LetsGoDigital tampil memberikan gambaran awal peranti tersebut.

Gambaran Awal Rupa Bentuk BlackBerry 5G 2021

Ilustrasi ini merupakan hasil kerjasama antara LetsGoDigital dan pereka grafik Jermaine Smit. Apa yang boleh dilihat paparan sisi sedikit melengkung dan terdapat papan kekunci fizikal dibahagian bawah skrin.

Gambaran Awal Rupa Bentuk BlackBerry 5G 2021

Ia nampaknya bukan papan kekunci ikonik yang biasa digunakan pada model terdahulu, tetapi kelihatan seperti sebahagian paparan yang khusus untuk fungsi butang.

Gambaran Awal Rupa Bentuk BlackBerry 5G 2021

Bezel atas bawah yang nipis, selari dengan rekaan peranti andalan masa kini. Perlu diingatkan bahawa ini bukanlah rekaan rasmi dari BlackBerry sendiri tetapi dihasilkan berdasarkan khabar angin sedia ada.

Spesifikasi dalaman masih belum didedahkan lagi oleh OnWardMobility, syarikat yang bertanggungjawab membangunkan jenama BlackBerry pada ketika ini.

Namun, menurut perkongsian awal oleh CEO syarikat itu, model ini bukan sahaja menyokong 5G, dilengkapi dengan kamera bertaraf tinggi (sesuatu yang baru disebabkan kamera bukanlah fokus utama BlackBerry sebelum ini), malah akan lebih terarah kepada perlindungan data serta privasi pengguna.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY