Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DE Rantau@Terengganu, Destinasi Terbaru Nomad Digital

DE Rantau@Terengganu, Destinasi Terbaru Nomad Digital

Diterbitkan Ogos 26, 2024 oleh Rushsyafizal

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) memperkenalkan DE Rantau@Terengganu, destinasi terbaru untuk nomad digital yang inginkan suasana tenang dan keindahan budaya di Malaysia. Terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia, Terengganu menawarkan gabungan unik pantai yang indah, warisan budaya yang kaya, dan kecantikan alam semulajadi, menjadikannya tempat pilihan untuk nomad digital.

Screenshot 2024-08-26 141933
Screenshot 2024-08-26 141853

Program DE Rantau bertujuan untuk meletakkan Malaysia sebagai destinasi pilihan nomad digital di Asia Tenggara sambil memacu penerimaan digital dan pelancongan di seluruh negara. Sejak diperkenalkan pada tahun 2022, Pas DE Rantau Nomad, iaitu satu kemudahan imigresen yang dicipta khusus untuk nomad digital warga luar negara, juga telah dipertingkatkan.

Ia kini boleh dipohon oleh para professional yang bekerja di dalam bidang selain teknologi, membolehkan pelbagai bakat global untuk mengalami bekerja secara jarak jauh dari Malaysia, sambil melancong.

Selain itu, syarat untuk mengemukakan Jaminan Bank bagi warganegara Cina dan Bangladesh telah digantikan dengan pilihan sama ada bon keselamatan atau bon peribadi. Program ini juga menawarkan ekosistem yang dinamik dengan 2,183 Hab DE Rantau, iaitu pelbagai jenis tempat penginapan yang disahkan oleh MDEC sebagai tempat penginapan di lokasi strategik dan selamat, mempunyai capaian internet.

DE Rantau@Terengganu, Destinasi Terbaru Nomad Digital
DE Rantau@Terengganu, Destinasi Terbaru Nomad Digital
kapas-island-pulau-kapas-min.jpg (1)
DE Rantau@Terengganu, Destinasi Terbaru Nomad Digital

Secara kesimpulannya, MDEC telah bekerjasama dengan 16 rakan Ekosistem DE Rantau dalam pelbagai sektor seperti pengangkutan, pelancongan, perkhidmatan pembayaran tanpa tunai, penjagaan kesihatan, insurans, dan ruang kerja bersama (co-working space).

DE Rantau@Terengganu bertujuan untuk memperkenalkan komuniti nomad digital kepada keindahan dan keunikan Terengganu. Selama tiga hari dua malam. mereka akan dibawa ke beberapa tempat pelancongan utama, termasuk Jambatan Angkat Terengganu, Terengganu River Cruise, Pulau Kapas, Masjid Kristal,Pasar Payang, dan tarikan menarik yang lain di Kuala Terengganu.

Berkaitan

  • (Ulasan) Huawei Watch Fit 3 - Harga Marhaen Tapi Ciri Premium
  • CEO Telegram Ditahan Di Perancis
  • Maybank Adakan Soal Selidik Melalui Panggilan, Ini Senarai Nombor Telefon Digunakan
  • Kontraktor Projek JENDELA Gagal Ikut Tempoh Ditetapkan Mungkin Didenda - Teo
  • TM Sahkan Terima Notis Penamatan Perjanjian Langganan Saham DNB

Sumber : Siaran Media MDEC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY