Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
daftar vaksin mysejahtera

Data Peribadi Pendaftar Vaksin COVID-19 Tidak Dikongsi Kepada Syarikat Pengeluar

Diterbitkan Mac 1, 2021 · Dikemas kini Mac 1, 2021 oleh Amalina Athman

Pada minggu lalu, kerajaan telah pun mengumumkan pendaftaran vaksinasi COVD-19 sudah boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera. Terbaru, kerajaan memberi jaminan data peribadi rakyat yang mendaftar untuk menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) tidak akan didedahkan kepada syarikat pengeluar vaksin terlibat.

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin menyatakan data yang mungkin akan dikongsikan dengan syarikat farmaseutikal berkenaan hanya melibatkan maklumat berkaitan kesan sampingan selepas imunisasi dilakukan.

Dalam pada itu, kerajaan juga sedang meneliti cadangan menggubal undang-undang baharu berkaitan penyebaran berita palsu vaksin COVID-19 yang boleh mencetuskan kekeliruan dan ketakutan dalam kalangan rakyat.

Sehingga 6.30 petang semalam, seramai 15,923 individu telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19.

Rakyat Malaysia, marilah mendaftar untuk menerima vaksinasi COVID-19!

Muat turun aplikasi MySejahtera sekarang dan daftar untuk vaksinasi: https://t.co/YOXtrvXTrb #LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/dP8oHWpJIl

— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) February 28, 2021

Sementara itu, pendaftaran vaksinasi COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera sudah mencatatkan sejumlah 1,406,019 pendaftaran sehingga 3.00 petang, 28 Februari 2021.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY