Data Percuma 1GB Sehingga Hujung Tahun Bukan Untuk Media Sosial Dan Permainan

Menerusi pengumuman perutusan yang disampaikan oleh Perdana Menteri pada Jumaat lalu, rakyat Malaysia bakal menikmati data harian percuma 1GB. Dipanggil sebagai Internet Produktiviti 1GB, penawaran data percuma ini akan dijalankan bermula pada 10 Jun ini sehingga 31 Disember 2020 bagi penggunaan dari 8 pagi sehingga 6 petang setiap hari.

Antara pengendali telekomunikasi yang terlibat sama dalam tawaran data harian percuma ini adalah Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, YTL serta TM. Internet percuma yang diberikan kali ini adalah untuk membantu pengguna dari segi pendidikan, keperluan kerja serta perkhidmatan berkaitan informasi.

Mungkin ada yang beranggapan ia sama seperti tawaran pada awal PKP dahulu, perlu diingatkan bahawa ia sama sekali berbeza. Ini kerana sejumlah aplikasi harian yang biasa digunakan seperti aplikasi media sosial tidak dapat menikmatinya.

Antara aplikasi yang disenaraikan adalah Facebook, Instagram, Twitter, WeChat, Spotify, Mobile Legends, YouTube serta Netflix.

Untuk senarai lebih lengkap anda boleh pergi ke halaman telco masing-masing.

Syarikat-syarikat ini akan terus memberikan akses percuma kepada platform seperti Gerak Malaysia, MySejahtera dan MyTrace Apps.

Disamping itu, turut disediakan adalah panggilan tanpa had Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC), cawangan Jabatan Kesihatan Negeri-negeri. Ini untuk memastikan rakyat sentiasa mendapat dikemaskini dengan berita terkini mengenai Covid-19.

Bagi anda yang mahu menebus data percuma ini, boleh ikuti langkah berikut.
Celcom


  • Pengguna boleh buka aplikasi Celcom Life, klik menu utama, klik MyDeals dan pilih Get Free 1GB.

  • Boleh juga dail *118*1# dan pilih Free Daily 1GB (8AM-6PM)


Digi


  • Pengguna pascabayar perlu dail *238*1*1#

  • Pengguna prabayar perlu mendail *338*1*1#

  • Proses tebusan perlu dilakukan satu kali setiap hari dan ia tidak akan diperbaharui secara automatik.


Maxis

  • Pengguna pascabayar boleh tebus menerusi aplikasi MyMaxis, pilih Get More Data dan seterusnya klik pada Free 1GB Pass pada bahagian Time Based Pass.

  • Pengguna prabayar pula boleh buka pada aplikasi Hotlink Red > Free 1GB Pass atau akses dari tab Shop.


U Mobile


  • Data percuma 1GB akan diaktifkan secara automatik dan berperingkat. Tunggu SMS pengesahan untuk menikmatinya.


Proses untuk penebusan data boleh dibuat bermula pada 10 Jun ini.