Apa yang menarik perhatian, kebocoran data tersebut tidak terkecuali bagi pengasasnya sendiri, iaitu Mark Zuckerberg dan beberapa lagi pembangunnya yang lain - Chris Hughes dan Dustin Moskovitz.
Perkara ini dilaporkan penganalisis keselamatan siber, Dave Walker yang mana beliau mengatakan ia turut mendedahkan beberapa maklumat peribadi termasuk nama lengkap, ID Facebook, alamat tempat tinggal, e-mel dan lain-lain.
https://twitter.com/Daviey/status/1378424183856697348?s=20
Berhubung dengan kebocoran data ini, jurucakap Facebook menegaskan bahawa mereka telah menampal kerentanan tersebut pada bulan Ogos 2019.
Namun, mereka enggan mengulas lanjut berkaitan maklumat Mark Zuckerberg yang telah tertiris.
Walau bagaimanapun, jika anda pengguna Facebook, dinasihatkan untuk mengabaikan sebarang mesej atau klik pautan pelik yang diterima daripada individu yang tidak dikenali.
Sumber: Business Insider
Berkaitan
- Jam Pintar Facebook Mungkin Hadir Tahun Hadapan Untuk Bersaing Dengan Apple
- Facebook Ada Ciri Baharu Sempena Tahun Baru Cina
- Mungkin Ini Penawaran Jam Tangan Pintar Pertama Facebook
- Facebook Perkenal Ray Ban Stories, Kaca Mata Pintar Ada Kamera Dan Mikrofon
- Menarik Minggu Ini: Syarikat Facebook Jadi Meta, Cip Intel Alder Lake, Xperia Pro-I
- Jam Tangan "Facebook" Meta Diperlihatkan, Mungkin Jadi Pesaing Apple
- Meta Nafi Ancam Untuk Tutup Facebook Dan Instagram Di Eropah
- Kabel Dasar Laut Baharu Facebook, Tiada Malaysia Tapi Negara Jiran Ada
- Apple Balas Kritikan Terhadap Anti-Penjejakan Facebook
- Terkejut, Facebook Baru Tahu Ada Syarikat Lain Bernama 'Meta' Juga