Terdahulu, terdapat laporan mendakwa bahawa Meta mengugut Kesatuan Eropah (EU) untuk “bawa keluar” Facebook dan Instagram dari rantau itu.
Susulan situasi tersebut, drama ibarat sudah bermula apabila Menteri Jerman dan Perancis memberi komen dengan memaklumkan “kami tiada masalah kalau media sosial Facebook dan Instagram ditutup. Kehidupan masih lagi baik serta ceria”.
Bagi meredakan “drama” ini, Meta akhirnya tampil memberikan penjelasan sebenar.
Menurut Meta, mereka tiada niat atau mengugut untuk keluar dari Eropah pun dan semua dakwaan yang dibuat itu adalah tidak benar.
Mereka sama seperti 70 syarikat EU dan AS yang lain di mana mereka sedang mengenal pasti risiko perniagaan akibat ketidakpastian terhadap pemindahan data antarabangsa.
Selain itu, Meta sebelum ini pernah menyatakan risiko tersebut kepada Eropah dalam laporan kewangan mereka.
Terdapat usaha untuk mewujudkan saluran pemindahan data bagi EU dan AS seperti Perjanjian Safe Harbor dan Privacy Shield. Namun demikian, rang undang-undang tersebut telah dibatalkan Mahkamah Keadilan Eropah.
Oleh yang demikian, situasi yang sedang berlaku ini sebenarnya adalah salah faham oleh sesetengah pihak.
Sumber: Meta
Baca juga:
-
Galaxy S22 Dan Tab S8 Boleh Dipratempah Mulai Hari Ini, Boleh ‘Trade-In’ Dan Dapat Baucar RM800
-
Bukan Hanya Untuk Apple, LumaFusion Akan Ada Untuk Android Juga