Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
META PC

Terkejut, Facebook Baru Tahu Ada Syarikat Lain Bernama ‘Meta’ Juga

Diterbitkan November 5, 2021 oleh Amsyar Latif

Minggu lalu, dunia digemparkan dengan penukaran nama secara rasmi syarikat media sosial gergasi Facebook kepada Meta. Bukan itu sahaja, Mark Zuckerberg juga berkongsikan tentang hala tuju cara manusia berkomunikasi pada masa hadapan menerusi dunia meta atau metaverse.

Namun begitu, belum lagi cukup sebulan, Meta mungkin perlu membelanjakan wang jika mahu menggunakan nama tersebut. Hal ini kerana mereka baru mengetahui bahawa ‘Meta’ sudah pun digunakan syarikat lain yang digelar ‘Meta PC’.

Kata pengasasnya Zack Shutt dan Joe Darger, Meta PC merupakan syarikat pemula PC yang menjual produk-produk komputer di bawah jenamanya bermula November 2020. Akan tetapi, mereka baru sahaja memfailkan tanda dagang nama tersebut pada Ogos tahun ini.

Facebook sebaliknya, mereka mula mendaftar tanda dagang (trademark) ‘Meta’ pada bulan yang lalu – Oktober. Bagaimanapun, kedua-dua nama ini masih lagi belum menerima pengesahan.

Bermakna, mereka mungkin akan ‘berentap’ dalam merebut penggunaan nama ‘Meta’. Tambahan lagi, menurut Shutt, beliau bersedia untuk mengalah dengan Facebook jika Mark Zuckerberg mahu membayar mereka sebanyak USD20 juta (~RM83 juta).

an announcement regarding our new name from our founder @zackshutt pic.twitter.com/I7tofqPa6Z

— META PCs (@METAPCs) October 28, 2021

Menariknya, Meta PC sempat mengajuk ‘Meta’ dengan kiriman video serta meme di laman Twitter mereka. Seolah-olah mereka tidak kisah atau mungkin gembira kerana secara tidak langsung, dunia mengetahui kewujudan Meta PC.

Walau apa pun, mari sama-sama kita nantikan perkembangan mengenainya. Diikutkan, nilai yang dipinta tidak sebesar mana jika hendak dibandingkan syarikat Facebook itu sendiri.

Sumber: business insider

Foto utama: Meta PC

Baca juga:

  • Tiada Lagi Ciri Cam Wajah Pada Gambar Facebook

  • Pendapatan Syarikat Media Sosial Ini Terjejas Sebab Polisi Baharu Apple

  • Saintis Dalam Usaha Untuk Berkomunikasi Dengan Ikan Paus Menggunakan AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY