Mark Zuckerberg hari ini secara rasminya menukar nama syarikat Facebook kepada Meta. Dalam bergerak ke masa hadapan, mereka akan tampil dengan jam tangan Meta.
Kini, Bloomberg melaporkan bahawa mereka menemui rupa bentuk peranti tersebut melalui aplikasi Ray Ban Stories. Jam tangan tersebut dilihat menawarkan rekaan persis Apple Watch.
Tubuhnya berbentuk petak tetapi sedikit bulat pada bahagian sisi. Skrin juga luas dan bersama-samanya hadir dengan takuk yang menempatkan sebuah kamera.
Jika melihat kembali laporan terdahulu, jam tangan Meta itu akan mempunyai dua kamera. Satu yang ada di skrin. Manakala satu lagi boleh dicabut.
Kamera yang terbina di dalamnya, mirip ditawarkan pada kaca mata Ray Ban Stories. Fungsinya untuk mengambil gambar atau video yang kemudiannya boleh dikongsi secara terus ke Facebook, Instagram dan WhatsApp.
Selain itu, ciri-ciri lain seperti rangkaian selular serta penjejakan kadar degupan jantung juga dijangka akan ditawarkan juga.
Sekiranya kita lihat pada hari ini, pasaran jam tangan pintar didominasi jenama seperti Apple, Samsung dan juga Garmin. Dengan ini, berkemungkinan mereka akan menerima pesaing baharu pada masa hadapan.
Sumber: bloomberg
Baca juga: