Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Data 1.9 Juta Pengguna Carousell Yang Dicuri Dikatakan Sedang Dijual Di ‘Dark Web’

Data 1.9 Juta Pengguna Carousell Yang Dicuri Dikatakan Sedang Dijual Di ‘Dark Web’

Diterbitkan Oktober 25, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Carousell beberapa hari lalu mengakui pengkalan data mereka telah diceroboh beberapa minggu lalu sewaktu berlakunya pemindahan sistem.

Dikatakan bahawa ia disebabkan kewujudan pepijat lalu diambil kesempatan oleh pihak ketiga untuk mengakses maklumat peribadi pelanggan.

Pengkalan data tersebut dilaporkan mengandungi maklumat 2.6 juta akaun dan dijual dengan harga $1,000, lapor media dari Singapura. Namun menurut Carousell pula, sebanyak 1.9 juta pengguna terkesan,

Berkaitan

  • Cara Ketahui Harga Sebenar Produk Di Shopee Dan Lazada Sebelum "Diskaun"
  • ShopeePay Kini Sokong DuitNow, Pemindahan Wang Masuk Ke Akaun Bank Serta-Merta
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • 'Buy Now Pay Later' Di Shopee Akan Dikenakan Caj Pemprosesan 1.5% Bermula Minggu Depan
  • Ramai Merungut Tentang Penghantaran, MyCC Arah Shopee Jelaskan Cara Atasinya Sebelum November
  • Apple Music, Apple One Di Malaysia Dinaikkan Harga Berkuat Kuasa Serta-Merta

Angka 1.9 juta pelanggan ini mewakili sekitar 40% keseluruhan pengguna platform itu.

The Sunday Times pula mengatakan data pengguna Carousell yang dicuri ini sedang dijual di dark web dan forum-forum yang disertai penggodam.

Antara maklumat peribadi pelanggan yang dicuri termasuklah:

  • Username
  • Nama pertama dan akhir
  • Alamat e-mel
  • Nombor telefon
  • Negara asal
  • Tarikh cipta akaun
  • Bilangan pengikut
  • Tarikh lahir

Wakil Carousell berkata isu ini sudah pun ditangani mereka dan data dicuri tidak melibatkan nombor kad kredit mahupun maklumat pembayaran.

Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA Singapore) juga telah dimaklumkan pada 17 Oktober lalu dan menawarkan bantuan pada Carousell.

agensi keselamatan siber singapura

Straits Times berkata penggodam telah memuat naik pengkalan data sebesar 2GB iaitu pada 12 Oktober lalu, 2 hari sebelum Carousell mengesahkan insiden terbabit.

Ia mengandungi data 1,000 pengguna. Sabtu lalu, penggodam berkata sudah 2 salinan berjaya dijual.

Penjahat siber ini berkata mereka hanya akan menjual pengkalan data diperolehi ini terhad sebanyak 5 salinan.

Justeru, Carousell meminta pengguna berhati-hati kerana mereka mungkin akan menerima pautan phishing melalui e-mel atau nombor telefon. Jika anda menerimanya, abaikan saja dan jangan klik pada pautan.

Sumber: The Straits Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY