Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kereta grab ehailing mahal

Kementerian Pengangkutan Temui Punca Tambang E-Hailing Meningkat

Diterbitkan Mei 25, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Beberapa hari lalu, Kementerian Pengangkutan memberitahu bahawa mereka sedar dengan rungutan orang ramai berkenaan harga e-hailing yang semakin meningkat dan sudah memanggil beberapa syarikat bertanggungjawab untuk menjelaskan isu tersebut.

Menteri Wee Ka Siong di akaun rasmi Facebook-nya telah mengeluarkan selepas pertemuan itu.

Katanya, kerajaan difahamkan terdapat dua faktor utama yang menyumbang kepada lonjakan tambang e-hailing iaitu penawaran dan permintaan yang tidak seimbang serta kesesakan lalu lintas tinggi yang menyebabkan masa perjalanan lebih lama.

Bukan itu sahaja, beberapa syarikat e-hailing juga telah mendapati bilangan pemandu berdaftar menurun 30% berbanding sebelum pandemik.

Dalam masa sama, fasa peralihan ke endemik mulai 1 April 2022 lalu juga menyebabkan permintaan terhadap perkhidmatan tersebut meningkat secara mendadak.
Tempoh yang sama juga menyaksikan pergerakan orang ramai yang bergerak bebas bagi menjalankan aktiviti ekonomi dan kehidupan seharian sekaligus menyumbang kepada kesesakan lalu lintas.

Dari segi peraturan struktur tambang pula, terdapat dua caj iaitu tambang asas dan surcaj. Kerajaan tidak mengawal tambang asas dan surcaj tidak boleh melebihi dua kali ganda daripada tambang asas, dengan mengambil kira kadar waktu puncak dan harga bahan api, jelas kenyataan tersebut.

Kata menteri lagi, penyedia perkhidmatan e-hailing dibenarkan untuk menetapkan struktur tambang mereka berdasarkan formula sendiri dan syarat perkhidmatan mereka dengan pengguna dalam pasaran terbuka.

Syarikat e-hailing juga telah memberi jaminan kepada Kementerian Pengangkutan untuk memperuntukkan lebih banyak sumber ke arah meningkatkan bilangan pemandu yang ada pada masa ini.

Baca juga:

  • Pengguna Teksi Naik 40% Sebab Grab Semakin Mahal, Ini Aplikasi Alternatif
  • Pengguna Dua iPhone Ini Tak Boleh Lagi Guna WhatsApp Mulai Oktober
  • Dijual Di Shopee Serendah RM1, Ini Kebenaran Tentang ‘Sticker Boleh Tarik Line’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY