Dreame Lancar Robot Vakum Dengan LiDAR Pada Harga Rasmi RM4,799

Dreame melancarkan dua produk pembersihan rumah iaitu Dreame H12 Wet & Dry Vacuum dan Dreame Bot W10 Pro Self-Cleaning Robot Vacuum and Mop.

Dua vakum ni berfungsi untuk menyedut sampah dan mop dalam satu masa yang sama. Dengan ciri ‘self-cleaning’, ia menjadikan aktiviti kemas rumah menjadi lebih mudah, jimat tenaga.

Dreame H12 Wet & Dry Vacuum


May be an image of indoor and text

Vakum tanpa wayar ini hadir dengan dua tangki air yang boleh memuatkan 900ml, bateri sebesar 4000mAh dan paparan LED.

Menariknya, ia bukan hanya menyedut habuk dan kotoran, tapi juga berfungsi untuk mengemop lantai.


Bagi sedutan, ia secara automatik akan selaraskan kuasa sedutan mengikut kekotoran yang dikesan. Ini dapat menjimatkan tenaga dan membantu pembersihan yang cekap.

Dengan bateri sebesar itu, ia mampu digunakan selama lebih setengah jam tanpa henti.

Bantuan suara daripadanya juga dapat membantu pengguna menggunakannya secara optimal dan lebih cekap.

Ia dijual pada harga RM2,599 dan boleh dibeli melalui Shopee di pautan INI.

Dreame Bot W10 Pro Self-Cleaning Robot Vacuum and Mop




Robot vakum W10 Pro ini mempunyai kuasa sedutan setinggi 4,000Pa selain turut sama mempunyai ciri mop dan 'self-cleaning'.

Udara panas dikeluarkannya memantu menghalang pembiakan bakteria.

Tangki air padanya lebih besar, mampu memuatkan 4.5L air bersih dan 4L air yang telah digunakan.

Baterinya sebesar 6,400 mampu beroperasi 160 minit untuk ruang sebesar 200m².

May be an image of 1 person, cake and indoor

Pengguna boleh mengarahannya menggunakan suara. Vakuum ini juga dilengkapkan teknologi antilanggar dan antijatuh.

LiDAR, kamera dan sensor 3D ToF padanya membolehkan menghafal peta rumah dengan lebih pantas, mengesan halangan dan membantu ia bergerak bekerja.

Ia juga boleh digunakan di atas karpet tetapi perlu ditanggalkan mop pad terlebih dahulu.

Robot ini dijual pada harga RM4,799. Klik pautan INI untuk beli.

Berkaitan