Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme Pad Price KV 1

realme Buat ‘U-Turn’, Janji Berikan Android 12 Untuk realme Pad

Diterbitkan Januari 28, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

realme Pad ialah tablet pertama daripada realme dan ia dirasmikan pada September lalu. Ia mula dijual di pasaran Malaysia sejak November pada harga serendah RM799.

Terdahulu, realme di ruangan komuniti mereka memberitahu bahawa mereka akan lebih menumpukan perhatian pada segmen telefon pintar dan realme Pad tidak akan menerima naik taraf ke Android 12 walaupun baru sahaja dilancarkan.

Namun, setelah menerima maklum balas negatif, realme di forum mereka mengesahkan realme Pad akan menerima Android 12 pada suku ketiga tahun ini bersama kemas kini keselamatan selama 3 tahun. Ini bermakna ia akan menerima Android 12 pada Julai, seawal-awalnya.

Pusingan-U ini pastinya berita baik untuk pengguna realme Pad namun realme sepatutnya sejak awal meletakkan tablet pertama mereka dalam senarai Android 12 kerana usianya yang baru sahaja memasuki 3 bulan ketika pengumuman itu dibuat.

Dalam perkembangan lain, realme 9 Pro dan Pro+ disahkan akan menyertakan sokongan 5G dan akan dilancarkan Februari ini.

Sumber: realme

Baca juga:

  • Tak Seperti realme 9i, Versi Pro Dan Pro+ Disahkan Mempunyai Sokongan 5G
  • realme Pad – Pilihan Tablet Berbaloi Bawah RM1,000
  • realme 9i Kini Di Malaysia, Tampil Dengan Snapdragon 680 Dan Kamera 50MP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY