Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
z flip5 z fold5 malaysia

Instagram: Antara Muka Baharu Untuk “Foldable” Dimulakan Dengan Galaxy Z Fold5

Diterbitkan Ogos 9, 2023 · Dikemas kini Ogos 9, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Kita tahu Instagram tidak dioptimasi untuk skrin besar seperti tablet dan peranti boleh lipat. Namun, Galaxy Z Flip5 dilaporkan sudah menerima versi Instagram yang sudah dioptimasi.

Berkaitan

  • (Reaksi Awal) Samsung Galaxy Z Flip5 Dan Fold5 - 5 Generasi Untuk Lengkapkan Lipatan
  • Samsung Galaxy Z Flip5 Berharga RM4,499 Manakala Z Fold5 Pula RM6,799
  • 4 Ciri Utama 'Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy' Yang Perlu Anda Tahu
  • Untung Susut 95%, Galaxy Z Flip5 Dan Fold5 Adalah Harapan Samsung
  • Kami Cuba Isi Minyak Dengan Aplikasi Shell Asia, Ini Hasilnya

Dalam antara versi ini, kesemua tab navigasi seperti laman utama,  Search, Reels, Notifications, Messages dan lain-lain kini terletak di bahagian kiri, bukan lagi di bawah.

instagram z fold5

Ini memudahkan pengguna untuk menggunakannya kerana boleh menggunakan tangan kiri tanpa perlu bergerak ke bawah.

Selain itu, susur masa juga memaparkan gambar dan video yang lebih besar.

Ketika memainkan video Reels, bar hitam akan terpapar di kiri dan kanan sementara like, komen dan share di sebelah kanan.

Menurut sumber, kemas kini aplikasi ini sudah dilepaskan pada Z Fold5 sejak beberapa hari lalu. Model Fold lain mungkin akan dapat selepas ini secara berperingkat.

Selingan, jika anda mahu baca reaksi awal kami dengan Z Fold5 dan Flip5, silakan ke SINI.

Sumber: SamMobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY