Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DarkMarket

DarkMarket, Laman Web Pasaran Gelap Terbesar Dunia Kini Ditutup

Diterbitkan Januari 13, 2021 oleh Amalina Athman

DarkMarket, antara laman web pasaran gelap terbesar di dunia kini dilaporkan telah ditutup dalam operasi antarabangsa yang dijalankan oleh Europol. Antara negara yang terlibat dalam operasi ini termasuk Jerman, Australia, Denmark, Moldova, Ukraine, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Menurut Europol, sebelum penutupan laman tersebut, ia mempunyai lebih 500,000 pengguna, 2400 penjual dan lebih 320,000 transaksi yang dianggarkan bernilai lebih €140 juta (~RM691 juta).

Antara yang didagangkan menerusi DarkMarket termasuk dadah, wang palsu, perisian hasad, data kad kredit yang dicuri, kad SIM, dan sebagainya.

DarkMarket, Laman Web Pasaran Gelap Terbesar Dunia Kini Ditutup

Sementara itu, seorang suspek warganegara Australia berusia 34 tahun, dipercayai pengendali laman web haram itu turut ditahan dalam operasi yang dijalankan.

Berdasarkan laporan, DarkMarket telah ditemui menerusi sebahagian daripada penyiasatan besar-besaran terhadap syarikat hosting laman web Cyberbunker.

Sumber: Europol, The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY