Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
celcom

Dapatkan Vivo Y15 Secara Percuma Melalui Celcom MEGA

Diterbitkan Februari 19, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Vivo Malaysia bersama-sama Celcom akan menawarkan tawaran menarik bagi semua pengguna telco tersebut. Pengguna yang mendaftar pelan Celcom MEGA dengan Lightning XL Pass dan Lightning L Pass berpeluang untuk mendapatkan telefon pintar vivo Y15 secara percuma.

Pelan pasca bayar itu menawarkan panggilan tanpa had serta internet 100GB dengan langganan bulanan sebanyak RM188. Selain itu, ia juga menawarkan panggilan tanpa had serta internet 60GB dengan langganan bulanan sebanyak RM148.

Promosi ini diperluaskan lagi kepada pengguna yang mendapatkan vivo Y15 yang bernilai RM 599 dengan hanya RM198 jika mereka melanggan pelan Celcom MEGA dengan Lightning M Pass. Pelan ini menawarkan panggilan tanpa had serta internet 40GB dengan langganan bulanan sebanyak RM98.

celcom

Vivo Y15 hadir dengan paparan skrin 6.35 inci dan sistem operasi Funtouch OS 9 berdasarkan Android 9.0. Ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5000mAh bersama teknologi penjimatan kuasa pintar untuk bertahan lebih lama, sesuai bagi penggunaan seperti bermain permainan mudah alih, menonton video atau mendengar muzik.

Dijana dengan RAM 4GB dan 64GB ROM, ia membolehkan pengguna menyimpan lebih banyak aplikasi dan membuatnya berjalan lancar. Bagi kamera hadapan, Vivo Y15 mempunyai kamera hadapan 16MP, dan mempunyai 3 kamera di bahagian belakang yang memaparkan kamera utama 13MP, Kamera Wide-Angle 8MP, dan Depth Sensor Camera 2MP yang mampu memberikan penghasilan imej baik. Ia didatangkan dengan dengan dua variasi warna, Aqua Blue dan Burgundy Red.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY