Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dapatkan Kit Panduan Khas Sambutan Aidilfitri Dari JAKIM

Dapatkan Kit Panduan Khas Sambutan Aidilfitri Dari JAKIM

Diterbitkan Mei 23, 2020 · Dikemas kini Mei 23, 2020 oleh ariff bukhari

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Masih terial-kial atau belum cekap untuk meraikan Aidilfitri secara sendirian? Jangan bimbang kerana Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menerbitkan kit panduan khas kepada umat Islam iaitu Kit Panduan Sambutan Aidilfitri Di Rumah semasa PKPB kerana Covid-19.

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020, kerajaan menyarankan umat Islam supaya menyambut Hari Raya Aidilfiri pada tahun ini secara sederhana pada hari raya pertama di rumah masing-masing sahaja dengan menangguhkan sambutan berbentuk tradisi.

Jadi dengan adanya kit panduan ini, umat Islam masih dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah masing-masing dengan amalan-amalan yang dituntut dalam syariat Islam.

Dalam kit tersebut terdapat pelbagai info bermanfaat seperti panduan lafaz takbir raya, mandi pagi hari raya sebelum menunaikan Solat Sunat Hari Raya, ziarah hari raya serta panduan mendirikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri.

Kit panduan dari JAKIM ini boleh dimuat turun terus dari laman rasmi Kit Panduan Sambutan Aidilfitri Di Rumah semasa PKPB Covid-19.

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga Semoga Allah menerima amalan kita semua.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
©2026 WISER.MY