Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SKMM Sedang Menjalankan Kaji Selidik Berkaitan Akses Dan Penggunaan Internet Di Malaysia

Dapatkan e-Baucar RM5 Dengan Menyertai Soal Selidik SKMM

Diterbitkan Jun 11, 2020 oleh ariff bukhari

Soal selidik akan bermula dari 5 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2020.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memaklumkan bahawa pihak mereka akan menjalankan soal selidik ke atas pengguna telefon bimbit dan kepusan hati pengguna terhadap perkhidmatan jalur lebar dan selular mudah alih.

Kajian itu akan menjuruskan kepada 4 perkara utama berikut:-

  1. Kajian Pengguna Telefon Bimbit
  2. Kajian Pengguna e-dagang
  3. Kajian Kepuasan Pengguna – Perkhidmatan Jalur Lebar
  4. Kajian Kepuasan Pengguna – Perkhidmatan Selular Mudah Alih

Soal selidik ini akan bermula dari 5 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2020. Pungutan data akan dijalankan dari pukul 9:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari, kecuali hari- hari kelepasan am negara dan Selangor.

Soal selidik ini akan dijalankan melalui sistem soal selidik dalam talian selamat SKMM, yang mana responden akan dipilih secara rawak untuk menyertai soal selidik ini.

Responden yang terpilih akan menerima jemputan soal selidik ini melalui aplikasi WhatsApp dari SKMM. Responden yang bersetuju untuk mengambil bahagian kemudiannya akan diarahkan ke portal selamat MCMC untuk melengkapkan soal selidik. Senarai nombor telefon yang akan digunakan bagi soal selidik ini adalah seperti berikut:

  1. 017-7286262
  2. 017-3646262

Responden dinasihatkan untuk TIDAK menjawab sebarang jemputan soal selidik selain daripada nombor telefon yang tertera di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa tujuan soal selidik ini adalah untuk pengumpulan data sahaja. Tiada sebarang data peribadi akan dikutip seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, atau maklumat bank bagi soal selidik ini. Tiada wang akan dikutip mahupun sebarang urusan jualan dilakukan.

Penyertaan adalah secara sukarela, walau bagaimanapun, kerjasama daripada responden amat dihargai. Sebagai penghargaan, SKMM akan memberikan e-baucar* bernilai RM5 kepada 10,000 responden pertama yang melengkapkan soal selidik ini.

Untuk info lanjut, layari laman rasmi SKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
©2026 WISER.MY