Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Dapatkan Dua Telefon Pada Satu Harga Bila Mendaftar Dengan Pelan First Platinum Celcom

Posted on Januari 20, 2017

Lagi promosi yang berlangsung sempena dengan Tahun Baru Cina. Syarikat telco gergasi Malaysia, Celcom, kini menawarkan promosi dengan mendaftar pelan pasca bayar First Platinum. Dengan slogan “Double Your Prosperity”, bagi yang ingin mendaftar pelan tersebut mereka berpeluang membeli dua buah telefon pintar pada satu harga. Ibarat beli satu percuma satu, promosi ini telah pun bermula dari hari ini, 20 Januari 2017 dan akan tamat pada 28 Januari 2017.

Antara model telefon pintar yang terlibat dalam promosi ini adalah, Huawei P9, OPPO R9S, OPPO F1s dan Samsung Galaxy J2 Prime. Dibawah merupakan senarai harga yang ditawarkan oleh Celcom.

12

Selain dari itu, anda juga berpeluang menikmati diskaun sebanyak 30% untuk pembelian aksesori di setiap Blue Cube dan Celcom Center seluruh negara. Bagi yang mahu mendaftar  dengan pelan First Gold, First Gold Plus ataupun First Platinum semasa promosi ini berlangsung, anda berpeluang untuk memenangi beberapa hadiah menarik menerusi cabutan bertuah. Pendaftaran boleh dibuat di Blue Cube dan Celcom Center yang terpilih dan hadiah cabutan bertuah akan diberikan selagi stok masih ada. Antara hadiah cabutan bertuah yang disediakan Celcom adalah, Huawei Lady Watch, Huawei Nexus 6P, Samsung Galaxy S7 Edge, dan juga OPPO F1s.

447-1020-Device_Bundle2

Sumber: Celcom

Sumber Imej: Celcom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress