Dapatkan Airpods Pro Pada Harga RM799 Sempena Jualan 11.11 Di Lazada

Sempena Jualan Sehari Terbesar Lazada 11.11, Lazada Malaysia kini mengumumkan tawaran Crazy Flash SaleĀ terkini yang disubsidi oleh Lazada. Antaranya termasuk Apple AirPods Pro yang akan ditawarkan pada harga promosi RM799 berbanding harga asal RM1,099.



Imbas kembali, Airpods Pro merupakan fon telinga tanpa wayar yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu. Antara yang dimuatkan pada fon telinga ini adalah ciri pembatalan hingar aktif (ANC) dan Adaptive EQ.

AirPods Pro menyokong iPhone 6s atau yang terbaru dengan iOS terkini serta iPad Pro 12.9 inci (generasi kedua atau terbaru), iPad Pro 11 inci, iPad Pro 10.5 inci, iPad (generasi kelima atau terbaru), iPad Air (generasi ketiga) dan iPad mini dengan iPadOS terkini.

Airpods Pro murah

Bagi anda yang ingin mendapatkan Airpods Pro, promosi potongan harga ini ditawarkan sepanjang hari pada 11 November 2020 dan boleh dibeli melalui pautan ini.

Bagaimanapun, stok yang tersedia adalah terhad. Jika tidak mahu terlepas peluang untuk mendapatkan Airpods Pro pada harga rendah, tekan pada fungsi "Remind Me" di Lazada.

Untuk mendapatkan lebih banyak produk dengan harga promosi 11.11, layari Lazada Mesti Beli.