Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
data rakyat

Dakwaan Sistem Perbankan Negara Lemah Adalah Tidak Tepat

Diterbitkan Januari 5, 2021 oleh Amalina Athman

Sebelum ini, seorang bekas penggodam dan pakar teknologi maklumat, Aman Shah Ahmad telah mendakwa sesetengah sistem yang digunakan oleh beberapa bank di Malaysia adalah tidak selamat.

Ini kerana, sistem bank-bank di Malaysia didakwa adalah hanya copy and paste daripada sistem terdahulu.

Terbaru, dakwaan beliau mengenai kelemahan sistem perbankan negara disifatkan sebagai satu rumusan yang tidak berasas dan tidak tepat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, CP Dato’ Zainuddin Yaacob berkata, bekas penggodam itu bukan pihak berkuasa atau seseorang yang mempunyai kredibiliti untuk menilai sistem perbankan negara.

Tambahnya, dakwaan itu tidak sepatutnya keluar daripada Aman Shah yang merupakan seorang pegawai bank biasa.

Dalam pada itu, Dato’ Zainuddin mengatakan institusi perbankan negara mempunyai sistem keselamatan yang lebih baik dan mampu menjaga kepentingan pendeposit dan pelabur awam.

Jika terdapat kelemahan dalam sistem perbankan, kemungkinan hanya sebahagian kecil dan masih dapat dikawal.

Sumber: PDRM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY