Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dakwaan Kebocoran Data Adalah Data Lama – U Mobile

Dakwaan Kebocoran Data Adalah Data Lama – U Mobile

Diterbitkan Julai 18, 2024 · Dikemas kini Julai 19, 2024 oleh Amalina Athman

U Mobile hari ini mengesahkan bahawa sampel yang disiarkan di BreachForums pada 16 Julai 2024 adalah data lama dari tahun 2014.

Dalam kenyataannya, U Mobile menjelaskan sampel itu juga sepadan dengan pelanggaran data daripada insiden yang dilaporkan pada 2017, yang melibatkan kebocoran maklumat peribadi lebih 46 juta pengguna di pelbagai organisasi Malaysia, sejak tahun 2014.

Sekali lagi, U Mobile mengesahkan tiada bukti capaian tanpa kebenaran ke dalam pangkalan data kami ditemui. Kami yakin bahawa data kami adalah selamat, dan kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan kami bahawa kami amat menitikberatkan keselamatan siber dan langkah-langkah yang meluas diambil untuk melindungi data pelanggan kami.

Terdahulu, laporan pada Rabu mendedahkan bahawa seorang individu di laman BreachForums mendakwa memiliki data yang melibatkan kira-kira 4 juta pengguna U Mobile dan ingin menjualnya pada harga $5,000.

Dakwaan Kebocoran Data Adalah Data Lama – U Mobile

Sementara itu, tinjauan terbaharu di laman BreachForums mendapati siaran berkenaan tidak lagi wujud.

Sumber: Siaran Media U Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Data 4 Juta Pelanggan U Mobile Didakwa Bocor

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY