Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Proklamasi Darurat

Daftar SIM Prabayar Tanpa Pengesahan, MCMC Keluarkan Kompaun Bernilai RM700,000 Kepada Syarikat Telekomunikasi

Diterbitkan Oktober 6, 2020 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan sebanyak 15 kompaun bernilai RM700,000 telah dikeluarkan pada 1 Oktober 2020 kepada syarikat telekomunikasi yang terlibat. Ia berikutan kesalahan pendaftaran kad SIM prabayar tanpa membuat pengesahan maklumat pengguna yang dilakukan pada 2019.

Mendahului senarai penerima jumlah kompaun tertinggi ialah U Mobile dengan 5 kompaun bernilai RM250,000. Sementara Celcom dan Tune Talk masing-masing menerima 3 kompaun bernilai RM150,000. Maxis pula dikenakan sebanyak 2 kompaun bernilai RM100,000. YTL dan Tone Plus masing-masing dengan 1 kompaun bernilai RM40,000 dan RM10,000.

Kompaun MCMC

Kesemua kompaun yang dikeluarkan itu meliputi kesalahan di bawah Seksyen 127 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dibaca bersama Seksyen 242 Akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

MCMC menyatakan tindakan tersebut diambil bagi memastikan kepentingan pengguna terpelihara selain memastikan proses pendaftaran kad SIM prabayar mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Dalam pada itu, MCMC turut mengambil langkah proaktif termasuk pendaftaran kad SIM menggunakan Platform Automatik yang sulit dan terjamin (encrypted & secured). Setiap penyedia perkhidmatan juga hanya boleh mendaftar tidak melebihi 5 kad SIM bagi setiap individu.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY