Khusus kepada isi rumah B40 dan OKU yang masih belum mendaftar.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menggesa kepada para isi rumah B40 dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang masih belum menerima set dekoder myFreeview percuma untuk membuat permohonan melalui saluran yang disediakan mulai sekarang hingga selewat-lewatnya 31 Mei ini.
Sebarang pendaftaran selepas tarikh akhir iaitu 31 Mei 2020 tidak akan diproses.
Selepas tarikh tutup 31 Mei 2020, kelayakan permohonan isi rumah B40 dan OKU akan disemak dan penghantaran dekoder melalui perkhidmatan kurier akan dilaksanakan ke seluruh negara secara berperingkat mulai bulan Jun.
Oleh itu mereka dipelawa untuk menyatakan minat bagi menerima dekoder percuma myFreeview dengan mengisi borang di laman sesawang www.mytvbroadcasting.my/B40 dengan butiran diri yang lengkap iaitu nama, nombor kad pengenalan, alamat penuh serta nombor telefon atau menghubungi MYTV Careline di talian 1800-18-1088/1-*********** untuk memudahkan proses pengagihan set dekoder percuma myFreeview kepada mereka yang layak.
SKMM juga memaklumkan, semakan kelayakan turut boleh dibuat melalui dua saluran yang dinyatakan di atas. Inisiatif pemberian dekoder tambahan myFreeview secara percuma ini adalah untuk memastikan tiada golongan yang tercicir dalam mengakses informasi dan hiburan secara mudah, percuma dan berkualiti melalui penyiaran TV digital.
Kerajaan melalui SKMMtelah memperuntukkan sebanyak 300,000 unit dekoder tambahan kepada isi rumah B40 dan OKU di seluruh negara. Ini merupakan tambahan kepada dua juta unit dekoder percuma yang telah diperuntukkan oleh syarikat MYTV sebelum ini.
Kaedah penyerahan secara berkelompok hanya akan dipertimbangkan selepas mendapat kebenaran pihak berkuasa yang berkaitan. MyFreeview ialah jenama platform TV digital, tanpa bayaran bulanan, yang menampilkan 15 saluran televisyen definisi tinggi (HD) dan 6 saluran radio.
Selain mendapat maklumat dan menikmati hiburan, saluran myFreeview juga memberi peluang kepada penonton dan peniaga untuk melakukan peluang perniagaan melalui saluran membelibelah dari rumah.
Berkaitan
- Seorang Individu Dikesan Menyamar Sebagai Pengarah Urusan SKMM Di Platfom LinkedIn
- SKMM Menjalankan Soal Selidik Dari 21 Jun Hingga 21 Julai 2021
- SKMM Memendekkan Operasi Talian Khidmat Pelanggan Bermula 5 Julai 2021
- SKMM Meminta Sejumlah 61 Video Iklan Judi Raya Diturunkan Dari Media Sosial
- Kerja-Kerja Penyusunan Semula Frekuensi Siaran TV Digital myFreeview Libatkan 4 Lokasi Di Johor Dan Terengganu
- SKMM Menjemput Syarikat-Syarikat Sertai Projek "KITAR"
- SKMM Menyediakan Surat Kebenaran Untuk Industri Komunikasi Dan Multimedia Beroperasi Sepanjang Tempoh PKP Fasa 1
- SKMM Menerima Sebanyak 21,296 Aduan Berkaitan Kandungan 3R Di Media Sosial Sejak Ogos Lalu
- SKMM Serta Syarikat Telekomunikasi, Pos Dan Kurier Bersama Menghulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir
- Lebih 82% Pengguna Di Malaysia Berpuas Hati Terhadap Servis Jalur Lebar Mudah Alih - SKMM