Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
umobile

Daftar Pelan HERO P79 U Mobile, Anda Boleh Dapatkan Vivo Y15 Dengan Harga RM 0.99

Diterbitkan Februari 17, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Bersempena dengan pelan tanpa had HERO P79 daripada U Mobile, Vivo Y15 kini boleh didapati pada harga RM0.99 apabila anda mendaftar dengan pelan tersebut. Pelan ini menawarkan panggilan panggilan tanpa had dan 20GB internet hanya RM 79 sebulan.

Vivo Y15 dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5000mAh dengan teknologi penjimatan kuasa pintar untuk bertahan lebih lama, sesuai bagi penggunaan seperti bermain permainan mudah alih, menonton video atau mendengar muzik. Dijana dengan RAM 4GB dan 64GB ROM, ia membolehkan pengguna menyimpan lebih banyak aplikasi dan membuatnya berjalan lancar. Bagi kamera hadapan, Vivo Y15 mempunyai kamera hadapan 16MP, dan mempunyai 3 kamera di bahagian belakang yang memaparkan kamera utama 13MP, Kamera Wide-Angle 8MP, dan Depth Sensor Camera 2MP yang mampu memberikan penghasilan imej baik.

Vivo Y15 hadir dengan paparan skrin 6.35 inci dan sistem operasi Funtouch OS 9 berdasarkan Android 9.0.

Ia didatangkan dengan dengan dua variasi warna, Aqua Blue dan Burgundy Red serta boleh didapati di kedai-kedai vivo dengan harga RM 599. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi U Mobile dan Facebook vivo Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY