Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Daftar Akaun Baru Whatsapp Tanpa memerlukan Simkad

Daftar Akaun Baru Whatsapp Tanpa memerlukan Simkad

Diterbitkan Mac 26, 2018 ยท Dikemas kini Julai 6, 2018 oleh Tips Gajet

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Artikel kali ini kami ingin kongsikan salah satu cara yang anda boleh guna untuk mendaftar akaun Whatsapp tanpa memerlukan Kad Sim.

Kaedahnya sangat ringkas dan mudah, ikuti sahaja langkah berikut.

Pertama sekali apa yang perlu anda lakukan sebelum mendaftar akaun Whatsapp, muat turun dan pasang terlebih dahulu aplikasi panggilan internet Voopee daripada Playstore.

Daftar Akaun Baru Whatsapp Tanpa memerlukan Simkad

 

Berikan kebenaran kepada aplikasi tersebut dan klik “Next”

Daftar Akaun Baru Whatsapp Tanpa memerlukan Simkad

 

Tujuan utama aplikasi ini ialah untuk mendapatkan nombor telefon yang membolehkan anda menerima SMS pengesahan daripada Whatsapp.

Pada paparan berikut adalah nombor telefon yang diberikan khusus untuk aplikasi Voopee. Salin nombor tersebut

Daftar Akaun Baru Whatsapp Tanpa memerlukan Simkad

 

Seterusnya buka aplikasi whatsapp dan masukkan nombor yang diberikan pada aplikasi Voopee tersebut.

Daftar Akaun Baru Whatsapp Tanpa memerlukan Simkad

 

Seterusnya semak SMS pengesahan yang diterima pada aplikasi Voopee

Daftar Akaun Baru Whatsapp Tanpa memerlukan Simkad

 

Salin nombor pengesahan tersebut dan masukkan pada aplikasi Whatsapp. Selesai, akaun baru Whatsapp anda telah siap didaftarkan. anda boleh sahaja memadam aplikasi Voope tadi sekiranya mahu.

Daftar Akaun Baru Whatsapp Tanpa memerlukan Simkad

 

Untuk makluman anda, aplikasi Voope tersebut bukan sahaja boleh digunakan untuk mendaftar akaun Whatsapp sahaja, ianya juga boleh digunapakai untuk membuat panggilan internet dan SMS dengan caj yang sangat murah kepada nombor-nombor telco berdaftar yang lain.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY