Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cyberpunk 2077: Ultimate Edition Bakal Hadir Untuk Mac

Cyberpunk 2077: Ultimate Edition Bakal Hadir Untuk Mac

Diterbitkan Oktober 31, 2024 oleh Amsyar Latif

CD Projekt RED (CDPR) kini mengumumkan bahawa permainan Cyberpunk 2077: Ultimate Edition bakal ditawarkan untuk platform Mac.

Meskipun barisan Mac dari dahulu tidak dipasarkan dan tidak sesuai untuk dijadikan sebagai ‘jentera’ gaming, ia kini sudah menjadi satu keperluan bagi kebanyakan pembangun.

Menurut CDPR, mereka mahu memanfaatkan kemampuan Apple silikon dan juga teknologi terbaru daripada syarikat Apple.

Melaluinya lagi, pengguna dapat menikmati ray-tracing dan juga audio reruang terbina untuk pengalaman bermain lebih imersif dan juga visual memukau.

Cyberpunk 2077: Ultimate Edition dengan DLC Phantom Liberty ini bakal tersedia pada awal tahun depan dan boleh dibeli di App Store, GOG.com, Steam dan Epic Games Store.

Butiran lanjut berkaitannya dan juga tarikh pelancaran akan dikongsikan kelak.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
©2026 WISER.MY