Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
shopping online scam edagang

RUU Cukai Barang Import Yang Dibeli ‘Online’ Lulus Dewan Rakyat

Diterbitkan Ogos 4, 2022 · Dikemas kini Ogos 4, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Dewan Rakyat hari ini meluluskan RUU cukai jualan ke atas barangan import bernilai rendah (LVG) yang dibeli melalui ‘online’ atau dalam talian.

Pindaan itu bagi memasukkan peruntukan baharu dalam Bahagian III(A) untuk memberi takrifan terhadap “barang bernilai rendah”, “penjual” dan “penjual berdaftar”.

“Penjual” termasuklah orang menjual barangan bernilai rendah secara dalam talian tanpa mengira kewarganegaraan atau lokasi geografi.

Berkaitan

  • 5 Aksesori Berkualiti Bawah RM50 Untuk Pengguna iPhone
  • RUU Kenakan Cukai Barang Import Dibeli Secara 'Online' Dibentang Di Parlimen

Sebelum ini, hanya pengilang dan pengimport berada bawah bidang kuasa menteri kewangan dan layak dikenakan cukai.

Dengan kelulusan ini, semua barangan dibeli secara dalam talian yang diimport ke Malaysia akan dikenakan cukai.

Kadar yang akan ditetapkan sekitar 10%, terhadap peniaga tempatan dan luar negara yang menjual barangan import.

Setakat ini, barangan bernilai bawah RM500 yang diimport tidak dikenakan cukai.

Namun, ia akan berubah jika cukai ini berkuat kuasa 1 Januari 2023.

Sumber: FMT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Sertai Sesi Sulung Digital Majlis Di MWC 2026, Doha
  • KKM Tegaskan Tidak Terjejas Dengan Insiden Siber 12 November
  • Kerajaan Bakal Uji Sistem Pintar Tanpa Kamera Untuk Pantau Warga Emas Tinggal Sendirian
  • Xiaomi Terajui Pasaran Telefon Pintar Malaysia Pada Suku Ketiga 2026
  • Leapmotor B10 Kinetix Edition Hadir Dengan Bodykit Eksklusif, Jumlah Terhad
  • Kerajaan Perketat Pemantauan Bekalan Elektrik, Air Untuk Pembangunan Pusat Data
  • Tesla Mula Jual Cybercab Kepada Pelanggan Terpilih
  • Jensen Huang Dilapor Pertimbang Untuk Kembali Sebagai CEO NVIDIA
©2026 WISER.MY