Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
viya china

Penstrim Terkenal China Didenda 1.34 Bilion Kerana Elak Dari Bayar Cukai

Diterbitkan Disember 21, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Sudah menjadi kelaziman berita tentang jutawan mencari jalan melarikan diri daripada membayar cukai. Hal ini kerana mereka perlu mengeluarkan wang yang begitu banyak untuk diberi pada kerajaan dan ia kelihatan seperti tidak adil pada mereka yang bertungkus-lumus mencari rezeki.

Bukan sahaja atlet mahupun usahawan, namun penstrim tidak terkecuali. Huang Wei atau terkenal dengan nama Viya, seorang selebriti internet terkenal telah didenda sebanyak 1.34 bilion yuan (~ RM900 juta).

Pihak berkuasa Hangzhou menuduh dia menyembunyikan butiran pendapatan dan mempunyai kesalahan berkaitan kewangan lain antara tahun 2019 dan 2020.

Viya menggunakan platformnya untuk menjual pelbagai produk sehingga dimasukkan dalam “100 Most Influential People of 2021” oleh majalah Time. Dalam pesta beli-belah Single’s Day baru-baru ini, Viya berjaya menjual barang sehingga menjumlahkan 8.5 juta yuan bersamaan RM5.7 juta dalam satu hari.

Melalui akaun Weibonya, Viya meminta maaf dan dia menerima hukuman tersebut.

Foto utama: Nikkei Asia

Sumber: Nikkei Asia

Baca juga:

  • Telefon Terbaik Bawah RM2200 (2021)
  • Astro Bakal Ada Platform Penstriman Terbaru
  • Among US Catat 400,000 Pemain Di Steam Mengalahkan PUBG

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY