Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mira Murati OpenAI_YouTube

CTO Mira Murati, Dua Eksekutif Penyelidikan Tinggalkan OpenAI

Diterbitkan September 26, 2024 · Dikemas kini September 26, 2024 oleh Amalina Athman

Mira Murati, Ketua Pegawai Teknologi (CTO) OpenAI, kini mengumumkan peletakan jawatan setelah lebih enam tahun menyertai syarikat itu.

Dalam memo yang dimuat naik di X, Murati berkata keputusan itu diambil untuk “mencipta masa dan ruang” bagi melakukan penerokaannya sendiri, dengan tumpuan adalah untuk memastikan peralihan yang lancar.

I shared the following note with the OpenAI team today. https://t.co/nsZ4khI06P

— Mira Murati (@miramurati) September 25, 2024

Untuk rekod, Murati telah mengetuai usaha syarikat untuk membina ChatGPT sebagai produk kendiri, berdasarkan penemuan teknikal yang dibuat dengan GPT – model bahasa besar yang menyokongnya.

Dalam tempoh enam tahunnya, beliau juga bertanggungjawab untuk pelancaran dan penambahbaikan penjana imej DALL-E dan penjana kod Codec AI.

Selain Murati, CEO OpenAI Sam Altman mengesahkan bahawa Ketua Penyelidikan Bob McGrew dan Naib Presiden Penyelidikan (Pasca Latihan) Barret Zoph juga akan meninggalkan syarikat itu.

i just posted this note to openai:

Hi All–

Mira has been instrumental to OpenAI’s progress and growth the last 6.5 years; she has been a hugely significant factor in our development from an unknown research lab to an important company.

When Mira informed me this morning that…

— Sam Altman (@sama) September 26, 2024

Altman turut menamakan Naib Presiden Kanan Penyelidikan baharu, Mark Chen, dan Ketua Penjajaran Misi, Josh Achiam.

Berkaitan

  • Reddit, OpenAI Umum Kerjasama Untuk Kandungan ChatGPT
  • Bakal Saingi Google, OpenAI Perkenal SearchGPT
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas

Sumber: Mira Murati

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY