Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Find X5 Pro_2

ColorOS 13 Akan Dilancar Minggu Depan

Diterbitkan Ogos 9, 2022 oleh Amalina Athman

Syarikat pengeluar telefon pintar, OPPO kini mengesahkan pelancaran global antaramuka ColorOS 13 akan berlangsung pada 18 Ogos nanti.

Menurut OPPO, ColorOS 13 dengan integrasi Android 13 akan dimuatkan sokongan ciri keselamatan dan privasi asas serta menyediakan ciri penyesuaian yang serupa dengan Material You Google.

Berkaitan

  • OPPO Find X5 Pro Rasmi Di Malaysia, 8 Gen 1 Dengan Hasselblad Untuk RM4,999
  • OPPO Find X5 Pro Dilengkapi Teknologi Tambah Baik Pengalaman 4G Dan 5G
  • OPPO Akan Lancarkan Dua Peranti Saingi Galaxy Fold Dan Flip

Bagi reka bentuk, antaramuka ini akan dimuatkan dengan rekaan yang lebih ringkas, selesa dan lancar. Dikhabarkan, ColorOS 13 berkemungkinan juga akan berkongsi rekaan yang hampir sama seperti OxygenOS 13 yang dilancarkan baru-baru ini.

Setakat ini, OPPO belum mendedahkan telefon mana yang akan menerima antaramuka itu terlebih dahulu. Namun, terdapat ura-ura mengatakan Oppo Find N, Find X5 dan Find X5 Pro mungkin akan menjadi antara telefon pintar pertama yang akan menerima ColorOS 13.

Untuk maklumat lanjut mengenainya, nantikan pengumuman OPPO menjelang pelancaran ColorOS 13 nanti.

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY