OPPO Malaysia hari ini dengan jayanya merasmikan Enco X2 dan OPPO Find X5 Pro 5G. untuk pasaran Malaysia pada harga RM4,999.
Siri Find ialah antara kelas andalan yang dikhaskan untuk jenama dari China ini namun keunikan dan pembaharuan dibawakan kali ini ialah kolaborasinya dengan Hasselblad untuk fotografi.
Spesifikasi
- Pemproses – Snapdragon 8 Gen 1
- Skrin – 6.7″ LTPO2 AMOLED, 1B warna, HDR10+, 120Hz
- Memori – 8GB RAM, 12GB RAM
- Storan – 256GB UFS 3.1, 512GB UFS 3.1
- Bateri – 5000mAh, pengecasan berwayar 80W, pengecasan wayarles 50W, pengecasan berbalik 10W
- Kamera belakang – 50MP utama, 50MP ultra lebar, 13MP telefoto
- Kamera swafoto – 32MP
- Perlindungan – IP68
- Sistem operasi – ColorOS 12 berasaskan Android 12
Bukan itu sahaja, cip khas, MariSilicon X untuk memproses gambar juga disertakan padanya, menjanjikan pengalaman bergambar lebih lancar dengan kualiti tertinggi.
Dengan puncak kecerahan sehingga 1300 nit, paparannya AMOLED-nya juga mendapat pengiktrifan A+ daripada DisplayMate dengan resolusi WQHD+.
Antara kelebihannya juga ialah ia siap dipasang Android 12 dengan ColorOS 12. Ini bermakna dari segi perisian, ia boleh digunakan jangka masa panjang kerana diberi perhatian oleh OPPO.
Untuk storan, pengguna boleh mengaktikan RAM maya sebanyak 3GB melalui RAM Expansion.
Anda boleh melakukan pratempah mulai hari ini sehingga 27 Mei ini dan boleh mendapatkan hadiah seperti OPPO Enco X2 dan perkhidmatan OPPO Care.
Tersedia dalam warna putih dan hitam, OPPO Find X5 Pro ini boleh didapati mulai 28 Mei pada harga RM4,999 ini dengan beberapa hadiah eksklusif mengikut tarikh.
Selain itu, OPPO juga kali ini menawarkan OPPO Premium Service seperti jaminan antarabangsa, hotline eksklusif, pelan perlindungan, courier send-in service, repair collection service dan beberapa lagi.
Anda boleh ‘trade-in’ peranti sedia dari 28 Mei hingga 30 Jun di kedai seperti kedai OPPO, DirectD, Senheng, senQ dan TMT mengikut syarat dan terma.
Anda boleh ke pautan di bawah artikel untuk pratempah di Shopee dan Lazada.
Baca juga: