Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CMF by Nothing Bawa Masuk 3 Produk Ke Malaysia, Harga Bermula RM189

CMF by Nothing Bawa Masuk 3 Produk Ke Malaysia, Harga Bermula RM189

Diterbitkan September 27, 2023 · Dikemas kini September 27, 2023 oleh Firdaus

Pada awal Ogos lepas, Nothing perkenalkan subjenama baharu mereka yang dipanggil CMF. CMF bertanggungjawab menghasilkan produk dengan rekaan yang cantik dan berkualiti.

CMF by Nothing Bawa Masuk 3 Produk Ke Malaysia, Harga Bermula RM189

Carl Pei menjelaskan Nothing dan CMF by Nothing adalah 2 jenama yang berbeza tetapi membawakan DNA yang sama antara kedua-dua jenama itu.

Kini, CMF telah memperkenalkan 3 barisan produk mereka yang terawal – Buds Pro, Watch Pro, dan Power 65W GaN.

CMF Buds Pro

CMF by Nothing Bawa Masuk 3 Produk Ke Malaysia, Harga Bermula RM189

TWS ini menawarkan ciri 45 dB Hybrid Active Noise
Cancellation, Clear Voice Technology untuk panggilan lebih jelas, dan pemacu Dynamic Bass Boost yang berkuasa.

Selain itu, ia mempunyai 55mAh kapasiti bateri yang menyokong penggunaan hingga 11 jam lama dalam sekali cas tanpa ANC diaktifkan.

CMF Watch Pro

CMF by Nothing Bawa Masuk 3 Produk Ke Malaysia, Harga Bermula RM189

Jam tangan pintar pertama CMF ini hadir dengan bingkai aloi aluminium dengan skrin AMOLED 1.69″ berbentuk petak melengkung di bucunya, kecerahan maksimum 600+ nits yang beresolusi 410×502.

Ia menyokong kadar segar semula 58 fps, 110 mod sukan, GPS terbina di dalamnya, ketahanan bateri hingga 13 hari dan kemampuan panggilan tanpa sebarang gangguan.

Power 65W GaN

CMF by Nothing Bawa Masuk 3 Produk Ke Malaysia, Harga Bermula RM189

Pengecas CMF Power 65W GaN ini adalah lebih selamat, pantas dan terjamin. Pengecas GaN ini menggunakan bahan galium dan nitrogen berbanding silikon.

Oleh itu, ia mempunyai rintangan suhu yang tinggi, lebih cekap ketika mengecas, dan mudah untuk melesapkan haba.

Menariknya lagi, pengecas GaN CMF ini menyokong pelbagai protokol pengecasan seperti:

  • PD3.0
  • QC4.0+/3.0/2.0
  • SCP
  • FCP
  • PPS
  • AFC
  • Samsung 9V2A
  • DCP
  • Apple 2.4A

Harga & Ketersediaan

Produk Nothing by CMF ini akan tersedia untuk dibeli dalam pasaran tempatan ini pada 10 Oktober nanti. Berikut adalah harga-harga bagi setiap produk CMF by Nothing ini:

  • Smartwatch CMF Watch Pro – Metallic Grey (Orange strap), Dark Grey (Dark Grey strap) dan Dark Grey (Ash Grey strap) –  RM339.
  • TWS CMF Buds Pro – Dark Grey, Light Grey dan Orange –  RM239.
  • Pengecas CMF Power 65W GaN – Dark Grey – RM189.

Anda boleh mendapatkan produk-produk CMF by Nothing ini di platform atas talian yang hanya eksklusif di Lazada. Selain pembelian online, anda juga boleh mendapatkannya di stor-stor fizikal seperti di bawah:

  • DirectD
  • TMT
  • Urban Republic
  • Vivid Concept
  • Tac Mobile
  • Switch Solution

Beli Produk CMF by Nothing di Lazada – https://invol.co/cljx3ju

Sumber: Siaran Akhbar CMD by Nothing

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Siri Xiaomi 13T Rasmi - Ada Kamera Leica, IP68, Harga Bermula RM2399
  • Siri Samsung Galaxy S24 Dilihat Lebih 'Power' Dari Siri iPhone 15 Pro
  • Nak Kuasa Lebih, Microsoft Pilih Untuk Guna Tenaga Nuklear
  • Mampu Hasil EV Dalam 1 Jam, Toyota Sasar 600K Kereta Elektrik Pada 2025
  • Kuo: Isu Kepanasan Melampau iPhone 15 Pro Tidak Berkait Dengan Cip 3nm TSMC

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY