Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri Xiaomi 13T Rasmi – Ada Kamera Leica, IP68, Harga Bermula RM2399

Siri Xiaomi 13T Rasmi – Ada Kamera Leica, IP68, Harga Bermula RM2399

Diterbitkan September 26, 2023 · Dikemas kini September 29, 2023 oleh Firdaus

Siri telefon yang dinanti-nantikan, Xiaomi 13T dan 13T Pro akhirnya dirasmikan setelah pelbagai berita dan khabar angin tentangnya yang kita dengari sebelum ini.

Xiaomi 13T

Berikut adalah spesifikasi bagi siri Xiaomi 13T:

Spesifikasi Xiaomi 13T

Xiaomi 13T dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8200-Ultra, RAM hingga 12GB dan pilihan storan hingga 256GB.

Xiaomi 13T

Peranti ini juga dilengkapi skrin AMOLED 6.67″ beresolusi 1080 x 2400p, sokong 144Hz kadar segar semula, HDR10+ dan Dolby Vision.

Untuk kamera, ia mempunyai tetapan 3 kamera Leica – 50MP lebar, 50MP telefoto, 12MP ultra-lebar dan 20MP swafoto. Tidak lupa juga peranti ini dikendalikan MIUI 14 berasaskan Android 13.

Xiaomi 13T menyokong inframerah, NFC, 5G, penarafan kalis air dan habuk IP68, pembesar suara stereo, bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W dan sistem penyejukan cecair.

Buat kali pertamanya, Xiaomi 13T mempunyai sokongan kemas kini perisian selama 4 tahun dan 5 tahun untuk kemas kini sekuriti padanya.

Spesifikasi Xiaomi 13T Pro

Xiaomi 13T Pro pula lebih berkuasa melalui MediaTek Dimensity 9200+, memori LPDDR5X dan pilihan storan UFS 4.0 hingga 512GB.

Selain itu, peranti ini dilengkapi skrin LTPO AMOLED 6.67″ beresolusi 1.5K CrystalRes, HDR10+, sokong kadar segar semula 144Hz, dan Dolby Vision.

Xiaomi 13T

Ia dilengkapi tetapan 3 kamera Leica 50MP – 50MP lebar, 50MP telefoto, 12MP ultra-lebar dan 20MP swafoto. Xiaomi 13T Pro menggunakan MIUI 14 berasaskan Android 13 juga.

Di samping itu, Xiaomi 13T Pro mempunyai 5,000mAh dengan pengecasan pantas 120W dan sistem penyejukan cecair.

Peranti ini juga mempunyai ciri inframerah, NFC, penarafan kalis air dan habuk IP68, menyokong kemas kini perisian selama 4 tahun dan kemas kini sekuriti untuk 5 tahun.

Xiaomi 13T

Harga & Ketersediaan

Siri Xiaomi 13T sudah tersedia untuk dipratempah ketika anda membaca artikel ini di platform Shopee dan juga Lazada. Xiaomi 13T hadir dalam 2 variasi pilihan seperti:

Xiaomi 13T

  • 8GB RAM / 256GB ROM – RM1,799
  • 12GB RAM / 256GB ROM – RM1,999

Sementara itu, model paling berkuasa Xiaomi 13T Pro memberikan 3 variasi untuk anda pilih:

Xiaomi 13T

  • 12GB RAM / 256GB ROM – RM2,499
  • 12GB RAM / 512GB ROM – RM2,699
  • 16GB RAM / 1TBGB ROM – RM3,499

Beli Siri Xiaomi 13T di Shopee – https://invl.io/cljwz7z

Beli Siri Xiaomi 13T di Lazada – https://invol.co/cljwz83

Berkaitan

  • Lupakan A17 Pro, Siri iPhone 16 Mungkin Guna Cip Khas
  • Syarikat Ini Terima Kontrak NASA Bernilai RM3.9 Juta Untuk 'Kutip' Sampah Angkasa
  • Siri Samsung Galaxy S24 Dilihat Lebih 'Power' Dari Siri iPhone 15 Pro
  • Nak Kuasa Lebih, Microsoft Pilih Untuk Guna Tenaga Nuklear
  • Mampu Hasil EV Dalam 1 Jam, Toyota Sasar 600K Kereta Elektrik Pada 2025

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY