Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CMF by Nothing

Tak Sampai Tiga Tahun, Nothing Perkenal Subjenama Baharu

Diterbitkan Ogos 4, 2023 · Dikemas kini Ogos 4, 2023 oleh Amalina Athman

Walaupun belum sampai tiga tahun dalam pasaran, Nothing kini mengumumkan subjenama baharu, dikenali sebagai CMF by Nothing.

Berkaitan

  • Nothing Phone (2) Rasmi Di Malaysia Serendah RM2,999
  • Pek Bunyi Swedish House Mafia Kini Tiba Di Nothing Phone (1) Dan (2)

CEO Nothing Carl Pei berkata, CMF by Nothing merupakan range produk baharu yang menghasilkan reka bentuk lebih baik, mudah diakses. Atau kata lainnya, jenama ini akan menawarkan produk yang lebih “mesra dompet”.

Pei menjelaskan Nothing dan CMF by Nothing adalah dua jenama berbeza, tetapi dengan membawakan DNA yang sama.

Dari segi perbezaan, Nothing memfokuskan kepada inovasi reka bentuk, produk premium dan teknologi terkini. Sementara CMF by Nothing mempunyai reka bentuk yang ‘clean’, mudah diakses dan kualiti yang diyakini.

CMF Nothing

Sebagai permulaan, CMF by Nothing akan melancarkan produk pertamanya, iaitu jam pintar dan fon telinga. Kedua-dua produk akan tiba lewat tahun ini, dengan maklumat lanjut bakal diumumkan dalam beberapa bulan akan datang.

  • Beli produk Nothing di Lazada: https://invol.co/cljgo9p
  • Beli produk Nothing di Shopee: https://invl.io/cljgoa3

Sumber: Nothing

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY