Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mampu Hasil EV Dalam 1 Jam, Toyota Sasar 600K Kereta Elektrik Pada 2025

Mampu Hasil EV Dalam 1 Jam, Toyota Sasar 600K Kereta Elektrik Pada 2025

Diterbitkan September 26, 2023 · Dikemas kini September 27, 2023 oleh Firdaus

Tahun 2023 ini menyaksikan industri kereta elektrik semakin berkembang mahu di peringkat dalam negara mahu pun global. Salah satu pembangun kereta global, Toyota merancang untuk meningkatkan penghasilan EV mereka kepada 600,000 unit dalam tahun 2025 nanti.

toyota

Sasaran tersebut adalah 3 kali ganda lebih tinggi berbanding perancangan 190,000 unit Toyota untuk tahun 2024 depan. Toyota akan menghasilkan EV di kilang mereka yang bertapak di wilayah Aichi dan kilang Lexus di wilayah Fukuoka.

Bagaimana Toyota Dapat Memendekkan Proses Penghasilan EV Mereka?

Beberapa hari lepas, Toyota telah menunjukkan satu mesin gigacasting baharu yang mampu menghasilkan sepertiga casis kereta elektrik mereka hanya dalam masa 3 minit sahaja.

An Italian supplier's Giga Press is changing car manufacturing | Automotive News Europe
Mesin Giga Press daripada Itali

Inovatif ini adalah kunci disebalik pelan Toyota untuk menghasilkan 600,000 unit EV pada tahun 2025 nanti. Untuk pengetahuan anda, Tesla telah lama memanfaatkan teknologi gigicasting melalui mesin yang bernama Giga Press dari Itali ini dalam menghasilkan barisan EV mereka

Bagaimana Proses ‘Gigacasting’ Dilakukan?

Dalam proses ini, aluminium cair akan dituangkan ke dalam acuan yang membentuk sepertiga bahagian daripada keseluruhan casis kereta EV tersebut.

Custom Casting: Specifying & Ordering | Metal Casting Blog

Aluminium cair itu juga dengan cepatnya akan disejukkan daripada suhu 700°C ke 250°C. Secara tidak langsung, mengeras menjadi satu bahagian die-cast tunggal.

Menariknya lagi, casis tersebut biasanya dibina daripada 86 bahagian asing yang perlu melalui proses yang meliputi 33 langkah dan mengambil masa berjam-jam lamanya.

Berkaitan

  • MSI Umum Kad Grafik Permainan Edisi Terhad, Hanya 6,000 Unit Di Seluruh Dunia
  • Lupakan A17 Pro, Siri iPhone 16 Mungkin Guna Cip Khas
  • Polis New York Kini Guna Polis Robot Untuk Perangi Jenayah
  • Siri Samsung Galaxy S24 Dilihat Lebih 'Power' Dari Siri iPhone 15 Pro
  • Nak Kuasa Lebih, Microsoft Pilih Untuk Guna Tenaga Nuklear

Tidak mustahil bahawa kereta elektrik akan menggantikan kereta petrol sebagai kenderaan utama dalam beberapa tahun lagi.

Sumber: Nikkei Asia, Nikkei Asia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY