Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
citroen ami

Citroën Ami – Kereta Elektrik Comel Yang Tidak Perlukan Lesen Untuk Memandunya

Diterbitkan Mac 1, 2020 oleh Meor Hasyim

Teknologi kereta elektrik semakin mendapat sambutan terutamanya gergasi automotif seperti Porsche, Ford, BMW, dan pelbagai lagi. Walau bagaimanapun, buat masa ini, kereta elektrik sangat mahal harganya berbanding dengan kereta biasa yang menggunakan petrol.

Namun, dengan pengeluar Citroën yang melancarkan model “Ami“, ia mungkin kereta elektrik termurah dan tercomel pernah dihasilkan.

https://youtu.be/74VfCw1FE2s

Citroën Ami adalah merupakan kereta dengan 2 kerusi dan mempunyai rekaan sangat kecil. Disebabkan saiznya itu, pemandu tidak memerlukan lesen untuk memandunya jika mereka berada di negara Eropah dan sekurang-kurangnya berumur 14 tahun.

Dari segi saiz, ia berukuran panjang 2.41m dan juga mempunyai radius pusingan 7.20m.

Citroën Ami – Kereta Elektrik Comel Yang Tidak Perlukan Lesen Untuk Memandunya

Dengan saiz yang kecil itu, ia dengan mudah melepasi ruang kecil dan sempit di sekeliling bandar yang tidak boleh dilalui oleh kereta biasa. Selain itu, bumbung kereta ini juga lutsinar jadi anda boleh melihat pemandangan langit ketika memandu.

Ami boleh bergerak pada kelajuan maksimum 45Km/h. Kereta ini juga mempunyai bateri bersaiz 5.5kWh yang mampu bergerak sejauh 70Km dari satu cas penuh.

Image result for citroen amiTempahan untuk Citroën Ami ini akan dibuka pada 30 Mac 2020 pada harga 6,000 euro (~RM27,879) hanya untuk negara Perancis sahaja. Setelah itu, barulah ia bakal dikembangkan ke negara-negara Eropah seterusnya.

Sumber: Citroën Ami

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY