Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ciri People Nearby Pada Aplikasi Telegram Boleh Dedahkan Lokasi Sebenar Pengguna

Ciri People Nearby Pada Aplikasi Telegram Boleh Dedahkan Lokasi Sebenar Pengguna

Diterbitkan Januari 7, 2021 oleh Amalina Athman

Ketika pertama kali Telegram memperkenalkan ciri Nearby Share, ia dianggap sebagai alat untuk menghubungi seseorang tanpa perlu berkongsi kenalan mereka. Pada awal tahun ini, aplikasi permesejan popular itu telah melepaskan kemas kini versi kedua bagi ciri People Nearby.

Menerusi ciri People Nearby, ia membolehkan pengguna Telegram memulakan perbualan dengan seseorang atau menyertai kumpulan tertentu di sekitar kawasan berdekatan. Ia menyenaraikan pengguna Telegram berhampiran berserta jarak mereka.

Ciri People Nearby Pada Aplikasi Telegram Boleh Dedahkan Lokasi Sebenar Pengguna

Bagaimanapun, laporan dari Ahmed’s Notes kini mendedahkan ciri tersebut mungkin boleh disalahgunakan bagi mendapatkan lokasi sebenar pengguna.

People Nearby Telegram

Dengan menggunakan ciri People Nearby, seseorang boleh mengesan lokasi sebenar sasaran melalui aplikasi seperti Fake GPS Location dan menggunakan teknik spoofing untuk mengumpul tiga koordinat lokasi berbeza.

People Nearby Telegram

Seterusnya, Google Earth Pro digunakan untuk memasukkan koordinat tiga lokasi tersebut dan menentukan dengan tepat kedudukan sasaran.

Bagi pihak Telegram, mereka menyatakan ianya bukanlah suatu isu atau masalah pepijat. Ini kerana, pengguna telah dimaklumkan mengenai perkongsian lokasi apabila menggunakan People Nearby. Malah, ia tidak diaktifkan secara default. 

Dalam pada itu, Telegram juga tidak menafikan ciri ini dapat menentukan lokasi seseorang dengan tepat dalam keadaan tertentu.

Sumber: Ahmed’s Notes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 3 Game Kereta Lumba 'Lejen' Ini Kini Boleh Dimainkan Terus Dari Pelayar PC Anda
  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
©2026 WISER.MY