Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ciri Keselamatan Windows 10 Kerap Gagal Berfungsi Hanya Selepas Mengimbas Beberapa Fail Sahaja

Ciri Keselamatan Windows 10 Kerap Gagal Berfungsi Hanya Selepas Mengimbas Beberapa Fail Sahaja

Diterbitkan September 19, 2019 oleh ariff bukhari

Versi Windows Defender yang terkesan dengan isu ini adalah v4.18.1908.7 dan terbaru.

Sejak beberapa hari lalu, laman forum rasmi Microsoft telah dihujani dengan aduan pengguna mereka yang melaporkan ciri imbasan perisian hasad terbina dalam Windows 10 iaitu Windows Defender kerap gagal berfungsi selepas hanya mengimbas beberapa fail sahaja.

Kebanyakkan para pengguna Windows tersebut mendakwa, imbasan fail akan berhenti kurang dari 10 saat selepas ia dijalankan. Tidak kiralah sama ada menjalankan mod  imbasan pantas (Quick) mahupun mod imbasan penuh (Full), masalah sama akan tetap berlaku.

Isu ini didapati berlaku pada Windows Defender versi 4.18.1908.7 dan terbaru yang baru sahaja dikemas kini beberapa minggu lalu.

Ciri Keselamatan Windows 10 Kerap Gagal Berfungsi Hanya Selepas Mengimbas Beberapa Fail Sahaja
Kredit: ZDNet

Walaubagaimanapun, menurut laman Bleeping Computer, pihak Microsoft memaklumkan mereka bahawa isu ini sudah di atasi menerusi kemas kini “Security Intelligence Update for Windows Defender Antivirus – KB2267602 (Version 1.301.1684.0)“.

Jadi sekiranya anda berdepan dengan isu Windows Defender, anda disyorkan mengemas kini definisi versi terbaru yang dilepaskan pihak Microsoft di komputer anda.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY